Image hosted by Photobucket.com

Friday, November 05, 2004

lama tak nampak?

eh lamanya tak update apa2. nampak sangat perangai yang malas teramat.haha. previous post dulu kat imu..sekarang dah dekat company lain pulak. hari ni bermalas malasan kat ofis. teman ellie pergi fajar membeli belah kad raya dan barang2 nak buat kuih. bagus ellie ni..teman2kan dia dapat jugak sebalang kuih. semalam dia buat kuih, hari ni dapat sebalang kuih free. memang seronok. lepas tu bila orang pergi semayang jumaat, gue duduk dalam pantry buat milo sambil makan biskut mazola sambil melihat hujan yang turun di luar tingkap sana..kehkehkeh..alamak..kantoila tak puasa sebenarnya.tak kisahla.itu memang lumrah alam.
hari ni bos kasi fruit cake yang boleh tahan besarnya yang dibungkus cantik jugak. sedihnya baju raya tak beli lagi. mak dah hantar baju aku kat kawan dia suruh buatkan..tapi tak siap2 pon baju tu? sedihnya. kena keluar duit lagi untuk beli sepasang baju raya yang dah siap pulak. sebenarnya aku ni tak buat preparation apa2 pon untuk raya lagi. setiap hari duduk kat pasar ramadhan teman baby montel meniaga otak otak. tapi nampaknya beberapa hari ni tak bolela teman dia sebab kena duduk rumah temankan si idah pulak. mak dgn ina nak pegi terawih. malasnyaaaaa. ok ini list untuk hari raya:
1. duit raya untuk cousin2 sekalian
2. kantung duit raya (penting jugak ni)
3. hadiah untuk mak hari raya (maybe telekong)
4. baju raya (satu pasang sahaja..tidak boleh lebih)
5. tudung hari raya (tgklah kalau dah ada yang sesuai takpayah belilah)
6. kasut baru (yang ada sudah terlalu haus dan sedih keadaannya)
7. buat kuih (kalau rajin.haha)

itu je la kot. hari ni kalau ikut planning nak buat kuih. dah dua dah yang difikirkan.satu cornflakes, satu lagi chocolate chip cookies. aku ni dahla tak pandai masak2.kang nak buat pelik2 pening pulak nanti. ala sebenarnya suka sangat cheese, tapi kat rumah tu takda sapa minat cheese. ikutkan hati mcm best je buat cheesecake satu.nyumnyumnyum..dha pukul 4.10.approximately satu jam lagi mau balik!yaya!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home