Post Hari Raya Blues
ian dan abah di pagi raya
ian dan mummynya
irfan kira duit raya
oh bosannya di ofis! ellie pun takde sebab anak dia demam. menyesal pulak datang hari ni. kalau aku tau ambil mc mungkin lebih afdal. mari cerita tentang hari raya! hari raya memang best. tak sangka banyak jugak duit raya yang aku dpt. memang bagus macam ni. yang kelakar ada saudara abah aku yang ingat aku ni student lagi. lepas tu siap kasi aku seringgit dengan nasihat "belajar rajin rajin ya". hahaha. tak sangka ya. aku pon sengih sambil angguk je la.hahahha.seringgit pon rezeki jugak. masalah di hari raya ni selalunya adalah berkaitan dengan ketidak pandaian aku berbahasa jawa. kasihankan. itulah nasibnya. kadang-kadang aku faham jugak apa yang orang cakap tapi bila sendiri cakap aku jadi tak tau pulak. setakat nak kira siji, loro,telu bolehla..lebih2 jangan harap. ataupon kalau orang suruh translate niat ngin sun mate kaji semar ngisengg..bolehla. kasihankan macam ni? nanti bahasa jawa pupuslah. dulu dulu malu jugak nak mengaku sebab aku ni orang jawa, bukan melayu pure, tapi lama lama dah tak kisah pun. kadang-kadang lagi best mengaku orang jawa. haha.oh tahun ni punya raya aku macam kagum sebab cousin2 aku yang kecil2 semua dah pandai main mercun. sedangkan aku ni di tahap bunga api dan mercun pop pop sahaja.hahaha. raja mercun tahun ni mestilah pakcik aku yang sanggup meredah ladang tebu untuk memborong mercun untuk anak anak saudaranya. tapi memang bestlah.siap main perang perang dengan jiran jiran. jomlah beraya di parit semarang!
4 Comments:
ko pun jawa? Hah....sama geng la kita.. aku tak penah malu nak mengaku... jawa rules!!! hahahaha..
ahaha..bagus kau ni tak pernah malu mengaku..ahahah..njalok ngapuro jihan..selamet dino bodo...(haa..kau paham tak?)kehkekeh..jawapower!
mak aihhhh... mencarut ka?? tak paham aku ler... :D
njalok ngapuro =maaf zahir batinla lebey kurang
selamet dino bodo = selamat hari raya
hahaha..ada ke mencarut..oo itu je kau fikir ye
Post a Comment
<< Home