Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, May 11, 2005

Aneh

Kasihan betol Ahmad Hafizal. Dahla mau ke mahkamah pun terpaksa meminjam duit ibunya sebanyak 7 ringgit, lepas tu di mahkamah dikenakan denda RM600 pulak dan tak mampu nak bayar. Selepas itu disebabkan tak mampu bayar denda, dikenakan pulak hukuman penjara 14 hari. Semuanya sebab tak melaporkan diri ke Program Khidmat Negara. Itu pun sebabnya dia mahu bekerja untuk menyara keluarganya sebab terlalu miskin. Tapi apa pula kata majistret yang menjatuhkan hukuman?

“Walaupun datang daripada keluarga miskin, kamu tidak seharusnya membelakangkan arahan kerajaan yang mewajibkan setiap remaja lepasan sekolah menjalani PLKN.
Kerajaan membelanjakan wang yang besar untuk menyediakan PLKN bertujuan membentuk sahsiah dan menanam semangat patriotik di kalangan generasi muda.Saya berharap hukuman ini menjadi pengajaran kepada remaja lain supaya tidak memandang ringan arahan kerajaan apabila diminta menghadiri PLKN,"


Semuanya macam tu kan? Semuanya haruslah kerajaah itu nombor satu. Kalau pergi PLKN dan keluarga di rumah tidak makan, siapa mahu tanggung? Kerajaan jugakah? Mulia sangatkah kerajaan itu sampai patut di agung agungkan sangat? Ironinya kerajaan yang asyik minta disokong, dijunjung, dan dimuliakan ini. Pencuri, perompak masih banyak lagi tapi masih mahu bazirkan masa tangkap orang miskin yang salahnya hanyalah tak hadir ke suatu program yang diwajibkan kerajaan. Terfikir juga adakah anak menteri terpilih masuk PLKN. Penatlah nak fikir masalah negara ni. Masalah nak siapkan demo flash pun tak habis habis. Baliklah dulu macam ni.

2 Comments:

Blogger pizli.mw said...

Hahahaha.. Itu diaorang nak buktikan yg diaorang tu tegas. Tegas kepala hotak! Menusahkan family tu lagi adala.. Aku pun tak faham, benda² kecik mcm tu tak payahla nak kecoh, bnyk lagi benda besar yg diaorg kena settlekan..

11:24 am  
Blogger Rostam Affendi said...

Budak tu dah mengaku salah pun. Benda ni nampak kecik. Tapi kalau tak kecoh macam ni, orang ambik tak kisah. Tengok apa jadi pada PTPTN. Berapa ramai yang tak bayar balik. Jangan tanyalah pinjaman MARA. Sebabnya, kita pikir kerajaan takkkan sampai nak bawak mahkamah. Tapi bila kena tang batang hidung kita, adik kita ke, anak kita ke, sedara mara kita tak dapat pinjaman, mulalah kutuk kerajaan.

9:01 pm  

Post a Comment

<< Home