Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, May 04, 2005

no way jose


singgah sebentar di anfield Posted by Hello

Hari ini adalah hari yang bagus sekali kerana Chelsea telah terkeluar dari Champions League dan tidak dapat melakukan treble. Jadi saya pergi kerja dengan hati yang ceria dan berbunga bunga. Malah sewaktu lepak di Kedai mamak khalifah semasa membaca surat khabar, saya sempat membuat lawak dengan mamak di khalifah (iaitu sesuatu yang saya jarang buat). Sekarang saya berada di ofis dan bau kedai mamak khalifah masih lekat di baju,tudung segala gala yang lekat di diri saya. tensennya. Semalam macam bad mood, jadi saya hanya makan keropok untuk mengisi perut dan skip lunch dan dinner. Mungkin terlalu depressed. Lepas tu waktu lunch pergi jalan ke watson tanpa membawa wang. Sudahlah wang semakin kurang, hidup pula semakin tertekan. Semalam ada meeting dengan Encik Rahmat iaitu bos saya yang selalu berpandangan jauh ke hadapan, walaupun selalu konfius dan bila bercerita selalu terpesong dari tajuk yang sebenar. Encik Rahmat meminta saya tolong buatkan video presentation untuk wedding anaknya bulan 7 nanti. Hebat jugak Encik Rahmat ni. Suruh buat design utk company yang sebenarnye adalah IT company, lepas tu suruh buat design Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan herba herba dan sewaktu dengannya untuk sub-companynya, lepas tu last2 kena buat video wedding anak dia pulak.Adakah semua ini bagus untuk memajukan kareer saya? Tak apalah. Yang penting gaji masuk dan masyuk. Haha. Malas nak fikir.

Weekend hari tu berjumpa dengan ropol dan joe kambing. Ropol yang baik hati telah menghadiahkan saya kaftan yang cantik dan berwarna warni hasil dari sesi shoppingnya di Kelantan. Hari Ahad pulak saya pergi ke rumah makcik saya dia kajang. Anaknya yang berusia 4 bulan sudah berberat 9.2 kg. Hebat sekali pipinya yang ala2 kuih pau dan pahanya yang sungguh yummy. Baru angkat sekejap dah lenguh lenguh tangan. Memang patut pon maknya kurus sahaja sebab anaknya dah menyerap semua lemak-lemak. Sedih juga sebab bulan 6 nanti auntie saya akan pindah ke keningau, sabah. Macam ni tak bestla bila balik kampung (macamlah selalu balik kampung pon.hahaha). 16/5 pulak acik dah nak masuk matrik. nanti saya jugalah yang tinggal sorang sorang di rumah.tak syioknya. mak pula asyik melobi supaya saya balik awal dari ofis supaya dapat temankan dia di rumah bila acik dah masuk matriks nanti. susahlah lepas ni nak berfoya foya.hahaha. oklah. nampak sangat entry ni menggambarkan kehidupan saya yang mcm takde life. tak apalah. jumpa lagi ya

0 Comments:

Post a Comment

<< Home