Image hosted by Photobucket.com

Friday, May 06, 2005

Hari ni ambik half day leave dan pergi interview di bank negara. Dengan semangatnya pukul 9 pagi aku pun dah keluar rumah naik lrt. Dalam lrt ada sorang perempuan mengandung masuk tapi takde siapa peduli dia berdiri sambil pegang benda yang bergayut dalam lrt tu. Jadi aku pun akhirnya kasi tempat duduk aku kat dia. Haha..pointnya bukanlah aku ni nak cakap aku baik ke, aku ikut kempen budi bahasa macam lrt ad kat tv tu ke, tapi aku mcm fikir balik aku takut kalau aku pregnant nanti dan naik lrt takde sapa nak kasi tempat duduk. Lagipun kesianlah perempuan tu. Aku pelik jugak sebab ada lelaki yang duduk dekat dengan perempuan tu berdiri takde pulak nak bangun kasi perempuan tu duduk. Takpela, mungkin lelaki tu sakit perut tahan berak ke kan. Fikirlah positif. Haha. Ha, lepas tu aku sampai kat Bank Negara pukul 10. Dan seperti biasa, aku lah yang paling lambat sampai compare dgn orang2 lain. Hari tu orang Bank Negara call cakap interview pkl 10, aku pon assume la interview aku tu pukul 10, rupa rupanya dekat 2 jam tunggu baru sampai giliran aku. Bongoknya bank negara ni. Hish.

Lepas tu dekat pkl 12 mcm tu baru la aku dipanggil masuk dalam. Panel dia ade 4 orang. 2 lelaki 2 perempuan. Perempuan tu dua2 tua. Lelaki tu pulak sorang tua, sorang muda. Dia pun tanya2 la pasal multimedia lah, mcm2 la..contributionlah. Pening jugak aku nak jawab. Aku pun bantai je lah. Entahla, tapi aku mcm tak puas hati sangat dengan jawapan aku. Macam tahi je. Down pun ada jugak rasanya masa keluar dari bilik interview tu. Nak kata aku nak sangat kerja tu pun takdela kan, tapi aku mcm tak puas hati pulak dengan jawapan aku. Nak buat camanakan. Kesimpulannya aku rasa Bank Negara ini mcm tak dapat je. Tak apalah. Mungkin aku sudah ditakdirkan kerja di Damansara ni untuk selama lamanya. Hahaha. Itulah yang aku fikir dulu masa aku dah bosan kerja kat IMU dan pegi interview tak dapat2. Sungguh tahi. Tak apalah. Nasib baik hari ni hari Jumaat. Jadi takdela aku down sangat sebab esok dan lusa cuti dan aku boleh meng qada' kan tidur aku yang tertinggal.Hahaha.

Oh ada tak baca berita budak 14 tahun yang menang Mini Cooper tu? Jelesnya aku. Dia beli coke dan kebetulan coke dia tu adalah coke bertuah yang boleh menang mini cooper. Hebat betol. Aku ni masuk berpuluh puluh peraduan tak jugak menang. Haha. Sungguh tidak bertuah. Frust menonggeng je lah. Haih!

1 Comments:

Blogger Wardina said...

insya 4JJI, kalu dh mmg rezeki ko kt bank negara... dpt le tu. kalu idak, jgn risau, rezeki tu ade dimane2. bumi 4JJI ni luas, kite manusia ni jek yg x terokai sepenuhnye lg. anyway, keep on posting new entries to ur blog, sgt2 menarik utk dibace. kalu bole selit2 le skit gosip2 panas kt tpt keje ko tu, aku nk gak jd busy body, :)).

4:31 pm  

Post a Comment

<< Home