Image hosted by Photobucket.com

Friday, December 24, 2004

Sakit kepala la bang


ropol dan kambingnya Posted by Hello


menyibuk di pelamin bersama pengantin Posted by Hello


irfan dan buah rambutannya. Posted by Hello

Ha..lamanya tak update ya.Macam mana nak update entah. PC kat ofis ni dia dah setkan proxy apa bende entah lepas tu aku susah nak access website yang mcm ada PHP ke apa. *.html sahaja untuk saya ya. Geramnya. Nasib baik ada PC ellie ni. Boleh guna untuk update. Hari Jumaat ni memang best.Sebabnya fikir hari esok je. Eh baru teringat, last week hari Jumaat aku ponteng kerja. Sabtu pulak aku pergi Kelantan. Best betol. Hasil dari pekerjaan aku yang duduk di ofis main game sahaja, aku dapatlah naik kapal terbang MAS. Hahaha. Tak sangka orang kedekut macam aku ni sanggup keluarkan duit lebih sikit nak naik flight.Keh keh. Yelah, takut jugak kalau banjir kan. Tapi nasib baik tak ada apa apa. Aku pergi KB dgn suhaila dan intot. Macam biasa, kita orang sudah hampir tertinggal flight, bukan sebab lambat ya, tapi kerana tersilap gate. Akibat terlalu seronok bergossip sampai tak perasan dah tuka gate rupanya. Nasibbaik baru final call, kalau tak menangislah di KLIA dengan RM180 yang burn begitu sahaja. Nasib baik tak jadi mcm tu.Heheh.

Sampai airport KB, Joe dgn ropol yang amek. Aku memang bersyukur sangat Joe dgn ropol ambik sebab kalau tak haslinda nak ambik dan kalau haslinda ambik, kita orang kena pergi rumah pengantin awal awal pagi. Mak ai, malasnya. Pergi awal2 nanti mesti macam sangap sikit. Jadi Joe dan Ropol telah membawa kami berjalan2 ke Kota Bharu, ke rumah pengantin dan juga ke pengkalan Kubor. Oh, aku sempat lawat rumah lama aku! Walaupon terpaksa tangkap gambar sambil curi curi sebab pemilik rumah tengah cuci kereta. Aku tak nakla dia ingat aku ni pencuri ke apa, nak ambik gambar rumah dia pulak. Kota Bharu dah lain sangat dari 7 tahun dulu. Yang tak ubah cuma Pasar Bulat dan Bazar buluh kubu.Mula mula sebelum pergi aku ingat tak nak beli apa apa kat KB unless benda macam keropok ke. Tapi masa kat sana, aku rambang mata sangat, sampai membeli belah dan last sekali terpaksa berhutang dengan suhaila.haha. Tak apalah, asal senang hati. Rasa macam nak beli je semua benda yang ada. Intot siap beli buaian yang gantung kat pokok tu. Pelik jugak. Mana agaknya dia nak gantung buaian tu. Tapi Intot memang pelik pon jadi tak apalah.

Masa balik pun dah nak tertinggal flight jugak. Seronok sangat shopping dalam pasar bulat sampai terlupa masa. Tengok2 nak balik rumah makcik intot pulak sesat. Aku ni dah la dah lupa jalan dan orang lain pun tak ingat jalan. Nasib baik sempat sampai kat airport. Oh, tidak dilupakan karung jalur2 warna warni yang aku dan intot terpaksa usung di pasar pusat. Penat betol. Ramai jugak penjual kat pasar tu yang concern tengok kita orang angkat apa. Ada yang nak tolong angkatkan pun ada. Tak taulah itu tektik nak tolong sebab perempuan yang angkat atau sebab orang kelantan memang peramah dan suka tolong orang.Hehehe. Alaa..tiba tiba hari ini teringat balik kat kota bharu. Bestnya.Jalan jalan dan shopping. Memang menggembirakan. Hahaha.

OKlah kena solat dan doa supaya kerja kerja aku ni siap dan tak terbengkalai. Tapi aku memang blank. Mungkin malas. Atau mungkin aku overdose main Pop n' drop kat yahoo games. Oh bencinya dengan setting proxy ni! Kejam dan keji!

Nak tengok gambar riang ria di kota bharu : ~moodyschmoody

0 Comments:

Post a Comment

<< Home