Image hosted by Photobucket.com

Thursday, October 06, 2005

Puasa ke hari ni?


kenapalah aku kena buat design sms wallpaper ni?isk.

Selamat menyambut Ramadhan semua. Ya, Ramadhan datang lagi. Bulan untuk menginsafkan diri, bulan untuk shopping di sale2 hari raya (hehe), bulan untuk ke pasar ramadhan dan beli semua yang nampak best sebab mcm rasa sedap tapi bila makan tak sedap mana pon (banyak kali dah buat mcm ni.haha), bulan tidak berapa nak produktif di ofis, bulan untuk berniaga (tahun lepas jual brooch, tahun ni nak jual apa ya?)dan bermacam macam lagi ya.

Tahun ni ofis hour dari pkl 8.30-4.30 atau 9-5. Tapi aku macam biasa tak masuk mana mana kategori pun sebab aku selalu sampai ofis pukul 9.30. Haha. Tak kisahla asal cukup 8 jam. Tapi nak ikutkan kalau aku datang 8.30 pon tak berguna jugak sebab encik dreber datang pon tak tentu masa. Kadang kadang awal kadang lambat. Macam tu baik aku datang lambat je.

Oh hari ni baca dekat newspaper, tak sangka ya pelakon Ismail Din tu dah meninggal. Ha, aku bukan la layan sangat pun dia berlakon ke apa, tapi dulu aku selalu cakap kat mak aku dengan makcik2 aku yang Allahyarham tu rupa dia mcm bapak aku. Dan last year masa pegi umrah pun aku ada terserempak jugak dengan dia. Tak sangka ya tahun ni dah ajal dia pulak, yelah tengok gaya orangnya macam sihat je, kurus je tapi nampak mcm kurus sihat. Bila di ingat balik takut juga sebab bila bila sahaja boleh mati sebenarnye bila dah ajal. Tapi aku rasa beruntung sangat sebab dia meninggal masa tgh bertasbih kat Mekah dalam bulan Ramadhan pulak tu. Semoga rohnya dicucuri Allah.Amin.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

isk..tak paham aku kenapa asyik ada spam cam ni. ada sapa2 tau cane nak nyahkan dia dari sini tak? eii.

11:50 am  
Anonymous Anonymous said...

ya intan, aku pun ingat arwah semayang sebelah aku kat mekah. tak sangka ya..

3:18 pm  
Blogger Wardina said...

intan: "isk..tak paham aku kenapa asyik ada spam cam ni. ada sapa2 tau cane nak nyahkan dia dari sini tak? eii."

aku nye blog pon slalu kena camni. cane nk kasik ilang ek?

8:32 am  

Post a Comment

<< Home