Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, July 27, 2005

Adakah ini benar atau lawak semata-mata?

Hello INTAN BINTI ZALANI.
Terima kasih kerana mendaftar dengan Agensi Angkasa Negara sebagai calon untuk program angkasawan.
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk menjalani ujian seterusnya.

2. Sehubungan dengan ini, ANGKASA akan mengadakan proses saringan pemilihan angkasawan
di beberapa tempat di seluruh Malaysia seperti berikut :-

Tarikh Lokasi
27 Ogos 2005 Pangkalan Udara Kuantan ( Pahang )
7.00 pagi Perasmian oleh Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Pertahanan Malaysia

3 September 2005 Diadakan serentak di :-
7.00 pagi
1. Kem Mahkota Kluang ( Johor )
2. Kem Penrissen Kuching ( Sarawak )
3. Kem Lok Kawi Kota Kinabalu ( Sabah )
4. Pangkalan Udara Butterworth ( P.Pinang )
5. Pangkalan Udara Subang ( Selangor )

3. Semua calon yang telah disenarai pendek boleh memilih salah satu lokasi seperti yang dinyatakan
di atas dan semua calon dikehendaki mengesahkan pilihan lokasi ujian kecergasan fizikal tersebut
dengan mengisi maklumat kedalam laman web kami sebelum 5 Ogos 2005.

4. Semua calon dinasihatkan membuat persediaan awal dari segi latihan fizikal. Kelayakan minimum ujian
larian 3.5 km ialah 20 minit.

5. Semua calon dikehendaki memastikan keadaan kesihatan mereka membenarkan mereka menjalani latihan larian
dan ujian tersebut dan pihak ANGKASA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau
kemalangan yang berlaku semasa latihan atau ujian dijalankan.

6. Untuk makluman tuan/puan segala perbelanjaan persendirian untuk menghadiri ujian tersebut adalah dibawah
tanggungan calon sendiri.

Sekian, terima kasih.
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

11 Comments:

Blogger pizli.mw said...

ANGKASA??? Hebatnya Intan.. Aku kagum.. Semua yg kau dapat semua best².. Hari tu PTD.. Jealous aku :-(

4:21 pm  
Blogger adiman said...

kau lalat mana boleh pagi angkasa.

5:48 pm  
Blogger Wardina said...

eh intan, bile mase ko mintak jd angkasawan? aku x pernah tau pon ko b'cita2 nk jd angkasawan slame ni. tp best gak kalu ko btul2 jadi angkasawan pertama msia, bile ko gi outerspace, masuk tv sume bole leh aku tumpang glamer ko. aku dgn bangge cite dgn anak2 aku, "itu la kawan mama. dulu dia designer je, skang ni dh jd astronaut"

9:59 am  
Anonymous Anonymous said...

go intan, cayalah...aku masa kecik2 dulu ader gak bercita-cita nak jadik astronout ni...tapi ntah kemana ntah hilang cita2nye tu...

1:10 pm  
Blogger Digitalite said...

hahahaha aku pun sama cam liza. bercita2 nak jadik astronut. tapi nampak nya skang nih cita2 aku jer lah yang pegi space dulu and aku dah betul2 jadi ASTRO nut! especially ESPN ngan Super Sport punyer channel..oh kengkadang AXN (CSI)...

2:19 pm  
Anonymous Anonymous said...

ok le tu lat... nanti bile ko dah jadi angkasawan bley bekerje same ngan ayah pin... memerintah kerajaan langit...mungkin pemerintahan ayah pin di naik taraf ke kerajaan angkasa

5:00 pm  
Anonymous Anonymous said...

lucu juga si awek aku ini..

12:05 am  
Anonymous Anonymous said...

dia dapat aura lucu kau la joe..haha..

9:45 am  
Blogger Azman Ramlie said...

Hahahaha...kelaka comment si ropol..bekerjasama dengan ayah pin memerintah kerjaan langit. apa apa pun aku fully support kau dari belakang,

3:59 pm  
Anonymous Anonymous said...

weii...nak kutuk laa tuuuuuu
hahahaha...tapi kalau banos tu ikhlas kan... terime kasih byk2 heheheehhe

6:17 pm  
Anonymous Anonymous said...

harharhar... hmm..bayangkan lalat berdiri bersebelahan ngn ayah pin diatas angkasa...sorang pakai baju astronot,sorg pakai tengkolok.."persatu-paduan"..kewlll

12:32 am  

Post a Comment

<< Home