Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, August 30, 2005

awan gemuk gemuk


dah jadi laki orang dah pizli Posted by Picasa


bergossip Posted by Picasa


bersama p.ramlee.hehe Posted by Picasa

hari ahad hari tu aku dah berjaya ke felda gunung besout seperti yang aku janjikan kepada pizli. dan seperti yang aku janjikan pada pizli jugak aku sampai tempat dia pukul 1 lebih, ok la tu. selalunya aku gi wedding ni sampai tempat wedding tu dalam pukul 2 lebih ke camtu. tapi aku sampai pukul 1 lebih pon sebenarnye majlisnya dah nak habis. haha. aku pegi dgn encik burger dan fenny. kesian fenny, terpaksa tunggu kita orang setengah jam di tengah kepanasan dekat lrt kelana jaya tu.maaf ya fenny. sampai kat rumah pizli, terjumpalah mijam, zaki, amir dan encik norley yg masih lagi setia dengan imu. lepas tu masukla dalam rumah tengok si pizli dan liza tengah posing2 di atas pelamin. rupa rupanya sazu, azman banos, yuyu pon ada. oh ada sorang lagi, rastam iaitu ofismate azman. tapi memang best perjalanan masuk ke rumah pizli tu. sungguh segar dan nyaman dan awannya sungguh cantik sekali. tak pernah aku tengok awan cantik macam tu. gemuk gemuk dan sihat awannya. dapatlah berjumpa rakan rakan ofis lama dan bergossip gossipan dan dapat makan lauk pengantin jugak akibat dtg lambat. haha. masa on the way balik tu hafezh telefon fenny dan beritahu yang kete dia orang rosak dan stranded kat tepi jalan. kesian. hafezh, jika kau terbaca ni, ceritalah apa yg telah terjadi..hehe. aku nak sangat tahu.haha. penyibuk kan aku ni? oklah. aku nak layan sakit kepala ni. esok cuti. bestnya. selamat hari merdeka semua. jangan lupa tengok mawi malam ni. hihihihi.

1 Comments:

Blogger Digitalite said...

yer! sangat sedih sekali kejadian hari ahad tuh. sila lah baca blog saya untuk mengetahui kisah nya...

3:16 pm  

Post a Comment

<< Home