Image hosted by Photobucket.com

Thursday, November 25, 2004

Ironinya ironi


ihsan matyoe Posted by Hello

Hidup tanpa membaca berita tentang artis artis malaysia (melayu) atau bergossip tentang artis memanglah tak lengkap kot.Kadang kadang kebodohan mereka memang menarik untuk diperkatakan (pun intended). Ada yang mengaku injek vitaminlah (walaupun aku rasa memang ramai pun yang injek. cuma nak tak nak mengaku je), ada yang buat gambar lucah lah, ada yang buat buat dibelasah oranglah..hahaha.Memang kelakar. Sebab tu hidup memang tidak lengkap tanpa membaca majalah seperti urtv atau media hiburan atau mangga. Oh aku memang sukaaaa sangat baca majalah majalah macam tu. Tapi takdela sampai nak beli sebab aku rasa macam malu je kalau nak pegi kedai beli majalah macam tu.Hahahah. Oh hari ni aku telah terlalu rajin surf surf dan terjumpa benda yang menarik di forum artismelayu.net untuk anda sekalian yang terbaca blog ini.Heheh. Sila vote untuk kenyataan artis malaysia yang paling bodoh.

Calon pertama: CHEF WAN
"Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah seperti aerobik?",

Calon kedua: MISHA OMAR
"Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali ini, dapat berduet ngan abang jamal".

Calon ketiga: SYANIE
"Syanie...apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan"...
Jawapan dari Syanie.."Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai.....".


Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
"Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956," jawab salah seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri "Bersama Norman" yang disiarkan di TV1.

Calon kelima: FIZA
"Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan"


Kehkehkeh. Penat aku gelak baca ayat ayat tu semua. Terima kasih kepada sumber sumber di forum artismelayu.net. Tanpa anda pasti kita semua tidak tahu betapa lawaknya artis astis malaysia ini. Oh sebelum aku lupa, hari ni keluar dekat suratkhabar Linda Rafar nak saman ada website yang publish gambar lucah dia dengan Edry tu. Peliknya. Bukan banyak ke website kat internet ni yang publish gambar dia dgn Edry tu.Kelakarla macam ni. Dah jadi kes polis pulak sebab si Linda Rafar ni dah report ke polis. Hahaha.Terima kasih juga inginku ucapkan pada artis artis malaysia sekalian. Tanpamu hidupku tidak akan penuh dengan gelak ketawa. Anda semua memang menghiburkan!

1 Comments:

Blogger scabbers said...

statement misha omar paling klaka... tapi fiza tu ntah ape2... cam tak patut je...

9:40 am  

Post a Comment

<< Home