Image hosted by Photobucket.com

Thursday, May 12, 2005


pasangan berkulit hitam yang suka membantu orang telah menang satu juta dollar Posted by Hello


rob dan amber nombor dua sahaja nampaknya Posted by Hello


ron tak sanggup tengok kelly dan dapat nombor tiga Posted by Hello

Semalam nonton Amazing Race 7. Sebenarnya pukul 11 pagi aku dah tau resultnya sebab aku dah sibuk cari cari kat internet. Memang hebat sekali Uchenna and Joyce. Dari zero ke hero dan ke satu juta dolar. Walaupun sebenarnya aku lagi suka Rob and Amber, tapi Uchenna dan Joyce main dengan sungguh mulia dan jujur. Sampaikan beberapa meter lagi ke garisan penamat pun dia orang sanggup cari duit untuk bayar duit cab driver disebabkan duit dia orang semua dah di ambik sebab dapat nombor last dalam previous leg. Rob and Amber pulak disebabkan sesat dan pilot yang terlalu baik hati ( pintu flight dah tutup, tapi boleh bukak balik sebab tiba2 Uchenna & Joyce datang kat kaunter. Logik ke tu? Tahi betol producer ni) telah dapat nombor 2. Oklah tu. Dahla menang banyak percutian, lagipon memang betol dia orang dah ada sejuta dolar hasil Survivor, jadinya kalau tak menang pun tak apalah. Lagipon dia orang dah memang popular. Dahla wedding pon di sponsor stesen CBS. Rob dan Amber adalah contoh terbaik orang yang suka masuk contest dan menang byk hadiah dan hidup dengan selesa hasil dari hadiah yang banyak.Haha.Agaknya sebab tu lah aku suka masuk contest walaupon aku jarang menang kerana berimpian untuk mendapat duit yang banyak sekaligus.Hahaha. Lepas ni apa agaknya untuk Romber? Survivor dah masuk, AMazing Race dah masuk, kahwin pon dah..masuk Explorace nak? Ahaha. Tapi disebabkan Explorace hanya dapat RM100k (yang bila di convert ke US dollar, alahai ciput sahaja) jadi kemungkinan untuk nonton Rob & Amber di kaca tv anda adalah mustahil.Hahaha. Aku mengaku aku suka Rob sebab dia hensem la jugak, tapi kalau tengok cara dia main Amazing Race memang hebat. Kagum sebentar. Dan aku kagum sebab team lain semua gaduh sesama sendri, tapi Rob tak pernah marah Amber pun. JArang sangat tengok orang masuk Amazing Race tak marah sesama sendiri.

Oh lupa, no 3 pulak Ron & Kelly. Akhirnya sudah break up kerana Ron tak mau kawin dengan Kelly. Kasihan jugak kelly. Ron tu pun satu. Nak break pon tunggula abis Amazing Race. Tapi Kelly tu pun boleh tahan bodoh jugak. Membebel melampaui batas. Tak habis habis. Hahaha. Dahla nombor 3, lepas tu break. Kesian jugak.Lepas ni tak dapatlah nonton Amazing Race 7 lagi sebab dah habis dah pun. Harap2 Amazing Race 8 nanti best jugak. Tahniah kepada Amazing Race kerana telah berjaya membuat aku menonton tv! Jumpa lagi di season hadapan ya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home