insaf sikit hari ni
dah lama tak update ya. aku tak ada idea nak update apa sebenarnya. last week terlalu bersemangat dan busy menyiapkan video wedding untuk anak bos tersayang. setelah mengorbankan konsert akademi fantasia untuk sejam yang pertama pada hari sabtu yg lepas dan menebalkan muka suruh bos hantar ke fajar untuk beli kentang akhirnya semuanya ok je. Takdela seteruk yang aku sangka. next month anak bos aku dgn wife dia akan buat umrah, maybe sempena wedding dia orang kot. nak panggil honeymoon tak appropriate la pulak sebab nak pegi beribadatkan sebenarnya. oh cakap pasal umrah, teringat last year pergi buat umrah dalam bulan jun camtu. impression pertama aku, semestinya hebat! haha..selama ni kalau family aku pegi umrah ke travel oversea ke mesti aku kena tinggal sebab time tu belajar kat mmu lagi (tak tau la kenapa family aku suka sangat nak travel sana sini zaman aku kat mmu ni.zaman sekolah jarang pulak.cit) aku ingat lagi petang sebelom nak gi umrah tu. pukul 7 ptg aku sempat lagi keluar rumah nak jumpa encik burger (tapi aku cakap kat mak aku, aku nak gi withdraw duit) walaupon patutnya by pukul 9 lebih mcm tu aku dah kena pegi klia. begitulah hebatnya cinta aku.hahaha.tahilah. time tu memang excited sangat sebab first time kot kan. selama ni aku ingat makkah tu mcm bandar kecik je.entahla, aku tak boleh nak imagine rupa makkah tu bila tgk gamba org2 yang pegi makkah. tapi bila aku dah tgk sendiri barula aku faham. sebenarnye makkah tu lagi hebat dari kl. penjualnya 24 jam menjual je dan yang paling aku kagum bila azan masuk waktu semayang je semua pekedai tutup kedai dan pegi semayang.kiranya kalau time tu kau tak boleh semayang dan pegi jalan jalan nak shopping sekeliling bandar makkah tu mmg takde kedai bukak la.aku rasa kalau atmosphere mcm ni, orang yang malas sembahyang pon jadi rajin nak gi sembahyang sebab semua orang berduyun duyun pegi sembahyang. balik semayang subuh dah ada orang jual2. memang meriah sangat.
tapi yang paling tak boleh lupa bila tengok kaabah tu. memang sayu sangat. teringatlah betapa bertimbun timbun dosa yang dah aku buat. insaf sekejap.heheh. oh pengalaman kena tahi burung dalam masjidil haram pon hebat jugak. aku tengah ketawakan ada sorang perempuan arab ni yang syok sangat bercerita sambil anak dia yang kecik bersihkan tahi burung atas tudung dia. tak lama lepas tu tiba2 aku rasa mcm ada satu benda jatuh atas kepala aku, rupa rupanya tahi burung.haha. itulah, pengajarannya kat makkah ni jangan nak ketawakan org ke, kutuk org ke sembarangan. nanti dapat balasan on the spot. tapi memang best sangat pergi buat umrah ni. biar kasi insaf sikit. bilalah agaknya aku dapat pergi umrah lagi ni? nak harap duit sendiri ni entah bilalah ye. siapa siapa yang ada duit lebih tu pergilah umrah. takpon buat haji terus. jangan tunggu dah tua tua nanti. aha,bagus tak nasihat aku di hari jumaat ni? kehkeh. tapi betollah ni.aku bukan main main.

1 Comments:
hahahahahha...insafnya aku baca blog ko nih. aku plak sibuk2 nak kumpul duit nak pegi negara lain... hahaha
Post a Comment
<< Home