Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, December 07, 2005

Damansara Uptown yang merbahaya

Semalam macam excited nak jumpa encik burger sebab dah tak jumpa seminggu, yelah sejak kereta dah hantar woksyop mmg tak penah jumpa. Pukul 5.26 macam tu aku pun dengan bersemangat turunla cepat cepat walaupun masa kerja aku tak cukup lagi 9 jam. Masa tu aku memang bertekad untuk naik bas pukul 5.30 yang aku selalu termiss tu. Tapi seperti biasa, agaknya aku ni memang takde rezeki nak balik 5.30, tunggu tunggu tak sampai jugak bas tu. Lama lama dah 20 minit tunggu tak sampai sampai aku dah start menyumpah nyumpah la dalam hati (contoh perkataan seperti tahi, b*bi tonyok, bangang, bodoh dan macam macam lagi). Ada jugak perasaan macam nak ambik batu-batu atas jalan tu lepas tu baling kat setiap kereta yang lalu (begitu lemah sekali tahap kesabaran aku. mcm mana agaknya orang yg memang naik bas tiap tiap hari. memang hebatlah orang yang macam ni. saya sangat mengagumi kamu semua).

Tiba-tiba ada seorang perempuan ni menjerit, aku pun pandangla belakang, ternampak ada 2 orang mamat atas satu motor ni mcm tgh nak buat pusingan kat atas jalan tu, dan perempuan tu pulak menjerit-jerit. Rupa-rupanya mamat 2 orang yg sangat syaitan perangainya telah meragut perempuan ni tapi aku tak sure sangat apa yang di ragut sebab aku tengok handbag perempuan tu ada lagi. Berani sungguh syaitan 2 ekor ni meragut orang di hari yang terang benderang dan ramai orang di kawasan uptown yang sentiasa tak cukup parking ni. Dan paling ironi sekali sebab lepas pulak tu mamat 2 ekor ni. Aku memang agak terkejut jugak, dan terus tak jadi menyumpah nyumpah bas.
Kesimpulannya Damansara Uptown ni memang kawasan berbahaya. Walaupun Balai Polis Damansara Utama memang dekat sahaja tetapi kes ragut boleh jugak tahan banyaknya di sini. Oh dan hari tu, depan ofis aku ada orang dicopet keretanya di siang hari. Jadi berhati-hatilah jika datang ke kawasan Uptown ini ya.

2 Comments:

Blogger pizli.mw said...

hmm takutla aku nak datang sana, aku baru cadang nak belanja kau makan sate yg kau ckp kat ofis kau tu petang esok.. :-<

10:39 am  
Anonymous Anonymous said...

eh tapi area tempat sate tu mmg dekat sangat dengan balai polis..mmg konfem selamat punyalah! cea..tiba2 je jadi selamat sebab dengar ada orang nak belanja.hahahah

12:04 pm  

Post a Comment

<< Home