Image hosted by Photobucket.com

Thursday, December 15, 2005

Who dey?


Semalam saya demam dan telah mengambil MC. Misteri juga kerana saya adalah orang yang sangat jarang demam tetapi sejak kerja di ofis sekarang sudah 3 kali saya demam. Adakah ianya bad omen? Harap-harap tidaklah ya. Tetapi malam tadi adalah malam yang saya tunggu-tunggu kerana malam tadi adalah finale Amazing Race. Dan lebih hebat sekali kerana team yang saya paling minati iaitu keluarga Linz telah memenangi satu juta dollar dengan bergaya sekali mengalahkan keluarga Weaver yang menjengkelkan. Pizli pula telah menelefon saya berkali-kali malam tadi semata mata mahu mengetahui siapakah yang memenangi Amazing Race. Sungguh hebat, sebab itu anda semua patut melanggan Astro, tak payah langgan semua channel, channel AXN pun jadilah. Haha. Dan saya rasa macam dah hampir terjatuh cinta pada Nick Linz (orang disebelah kiri sekali di dalam gambar di bawah) hingga menyebabkan saya menghabiskan masa saya hari ini membuka website CBS hanya untuk menonton video streaming Amazing Race. Saya sungguh tidak sabar menunggu bulan Februari tahun depan untuk Amazing Race season ke 9. Untuk sementara ini saya rasa saya layan sahaja Amazing Race season 6 di ntv7. Jumpa lagi!

4 Comments:

Blogger pizli.mw said...

and saya juga sudah jatuh cinta dgn megan, satu²nya perempuan dlm team Linz :D.. Kalau jadi kira kita ni birasla kan intan? =))

8:44 am  
Anonymous Anonymous said...

haha teruknya kau ni pizli..tak sedar bini kat rumah nak jatuh cinta dgn megan pulak..hahaa...aku takperla..siap kau kena baling kuali astro dgn liza nanti..hahaha

9:17 am  
Blogger Digitalite said...

aku benci intan dan pizli kerana menyokong linz. keluarga yg berlagak dan perasan bagus. aku penyokong weaver yg didiskriminasi oleh pasukan lain. (walaupun sebenarnya aku benci pada 2 anak pompuan weaver tuh, tapi adik lelaki dan maknya adalah cool).

9:57 am  
Blogger pizli.mw said...

kau sokong weaver fiz?????????????? kau buta ke???? Kau ikut since first episode tak?????? Aku sanggup bertumbuk dgn kau rasanya skrg ni sbb kau sokong weaver....... >:-| (eh ada muka marah ke icon yg aku cuba buat ni? wahahahahahahah)

11:02 am  

Post a Comment

<< Home