Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, December 27, 2005

Berfikiran positif di pagi Isnin yang indah


Cuti 3 hari tapi tak pergi mana-mana pon. Tetapi saya merasa sangat hebat kerana telah begitu rajin membaca buku. Setelah menunggu berbulan-bulan lamanya akhirnya saya telah berkesempatan membaca buku chic-lit yang sungguh saya idam-idamkan untuk membaca tetapi terlalu kedekut untuk pergi membelinya iaitu Confessions of a Shopaholic. Buku itu telah membuatkan saya ingin berlari ke One Utama sekarang juga dan bershopping tanpa henti bersama credit card saya tanpa mempedulikan consequencesnya. Sebab dalam buku tu Rebecca Broomwood akhirnya kahwin dgn jutawan tetapi eh, saya macam tak kahwin dgn jutawan je. Haha. Adakah ini bermakna solution untuk perempuan yang suka bershopping adalah kahwin dengan jutawan? Mungkin juga, sebab dalam buku Azizi Ali pun dia tulis salah satu cara nak cepat kaya (sambil membaya hutang hitang kad kredit) adalah berkahwin dengan jutawan. Tetapi sekarang saya telah melupakan angan angan kosong untuk berkahwin/menjadi seorang jutawan kerana saya sedang menumpukan membaca buku motivasi pula. Memang sesuai dibaca di saat saat malas nak pergi kerja dan juga saat saat menunggu mendapat ekrja baru yang lebih hebat dan berprestij.

Ya, minggu lepas saya telah menghadiri majlis perkahwinan Ropol dan Joe di Ipoh. Tak sangka percintaan yang bermula dengan Joe meminjam kura kura ropol untuk projek design telah berakhir dengan perkahwinan ya. Kehkeh. OKlah, saya perlu mula membuat kerja sekarang juga kerana jika tidak saya akan habiskan satu hari membuat muka bosan dan blog hopping sepanjang hari sambil bukak jobstreet dan baca email sahaja. Saya tidak mahu menjadi orang yang sia sia.Haha.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

waahh! ramai nya genghis khan yg hadir! pasti meriah, bikin roboh pelamin...haa, lat, kalau pol purple, ko nak kaler apa? ropol masih bersantai di rumah,apa2 pun..selamat pengantin baru buat joe n pol..aku terkenangkan cokelat dayat....

5:07 pm  
Anonymous Anonymous said...

haa tot..tak sempat jumpa kau di hari perkahwinan ropol hari tu..haha..kau terkenangkan coklat dayat ke..tak sangka ropol kahwin dengan posmen coklat dayat..hahaha..

9:06 am  

Post a Comment

<< Home