Image hosted by Photobucket.com

Friday, October 14, 2005

Friday yay

New day, new layout. The old one is getting on my nerve. Hooha. Dua jam lagi untuk berbuka puasa!

Wednesday, October 12, 2005

Iftar

Semalam adalah hari pertama saya berbuka di pasar ramadhan. 7 hari pertama dihabiskan di rumah di mana pada hari puasa yang pertama semasa menolong mak di dapur, mak saya telah membebel yang terlalu banyak (mungkin akibat tekanan puasa, atau mungkin saya memang terlalu useless di dapur dan melihat saya terlalu lembab di dapur dia menjadi marah dan tensen). Akhirnya setelah mak saya banyak sangat membebel, tiba tiba saya pulak jadi tensen. Agaknya sebab tu saya tak pandai masak. Saya masih ingat semasa darjah 6 sekolah di kelantan, tiap-tiap petang saya bermain bola baling di padang kompleks sekolah sekolah di kota bharu. Tiap-tiap hari main sampai mak saya bising sebab saya malas nak tolong dia kat dapur dan lebih suka bermain bola baling. Eh terpegi cerita lain pulak, tapi kesimpulannya lepas saya terlalu tensen di dapur, saya terus keluar dari dapur dan tak menjenguk dapur hingga pukul 8 malam. Ahaha. Masa tu apa yang fikir hanyalah sebelum saya jadi tensen dan termarah mak saya ke, lebih baik saya mengundurkan diri jelah. Bila difikir balik saya rasa saya perlu jadi orang yang tidak patah semangat dan mengurangkan sifat sensitif saya untuk menjadi seorang yang pandai memasak. Susahnya!

Oh pasar ramadhan semalam memang menarik, sebab dah lama tak pegi kot. Encik burger kena tolong pakcik dia menjual otak otak kat pasar ramadhan kelana jaya, jadi setiap ptg selepas ambil saya di ofis, encik burger terpaksa bergegas ke pasar ramadhan pulak untuk menjual otak otak. Kasihan juga kadang kadang saya tgk dia. Tapi tak apalah, mcm best juga sebenarnya. Sambil encik burger membakar otak otak saya hanya lepak dan duduk di belakang dia sambil tengok keadaan sekeliling. Selang satu gerai encik burger ada org jual otak otak jugak tapi dia bawak loudhailer. Sikit sikit dia jerit "Otak otak! otak otak! ini otak otak cepat masak punya..tak pakai daun nipah..pakai daun kelapa..kejap je dah siap" Sebelah kiri gerai encik burger pulak ada kedai jual air tebu, jadi masa berbuka tu, selain dapat otak otak percuma dan kuih muih lain percuma, saya juga mendapat air tebu percuma. tapi takde cawan, jadi terpaksa lah saya minum terus dari jag. Itulah pertama kali saya minum air straight dari jag. Saya juga membeli kebab berharga RM2.50 (tahun lepas RM2 je.isk.). Beli 5 ,jadi 12.50 lah harganya. Tapi bila di makan tak sedap pun. Bengangnya.

Pada waktu malam pula saya pergi berterawih bersama encik burger. Imam tu baca cepat sangat sampai saya nak baca apa-apa pon tak sempat habis. Letih saya dibuatnya. Hari sebelum tu saya ikut mak saya berterawih di damansara utama. Kena pulak 20 rakaat. ya allah mcm nak pengsan rasanya sebab lama sangat pulak. Pukul 10.30 baru habis. Tapi tu la, konon nak terawih yg cepat habis, terawih kat kelana jaya ni mmg cepat habis. Pukul 9 dah habis 8 rakaat. Tapi masalahnya, tak sempat nak bernafas. Mencabar juga. Haha. Oklah, walaupun sekarang baru pukul 1.43pm, saya ucapkan selamat berbuka puasa semua (eh azman kau puasa ke pun?)