Image hosted by Photobucket.com

Thursday, April 14, 2005

selamat tinggal encik kashim

Malam tadi balik rumah pukul 10.30. Balik balik, tgk ada surat registered pulak dari Francis Pereira & Shan, Peguambela & Peguamcara. Suspen jugak aku, tiba tiba je dapat surat dari lawyer. TengokĀ² rupanya surat pasal tak bayar bil maxis. aku pun terus bengang lah sebab aku dah settlekan semua bil maxis yang tertunggak tu. tahi betol. kalau nak mintak duit orang, tau nak cepat je. tapi kalau orang dah bayar dia tak sedar pulak. peliknya aku. betol betol menyusahkan.hasil dari pengalaman yang menyusahkan guna maxis postpaid ni, last2 aku dah kansel line dan tuka celcom pulak. celcom pon takdela bagus mana. kadang2 hantar sms tapi entah bila2 sampai. adala beberapa kali aku dapat sms beberapa jam lewat dari waktu sms tu dihantar. menyusahkan betol. tapi yang penting untuk org mcm aku ni kena guna prepaid. tak kisahla prepaid tu mahal mana dari postpaid ke apa, sebab kalau aku guna postpaid ni aku mcm ada masalah nak kontrol call. kalau prepaid kena pegi beli top up. senang sikit nak tgk byk mana aku guna. sejak guna prepaid ni pun aku jadi makin kedekut. kedekut nak call oranglah.bukan kedekut apa.

oh ya, kelmarin aku call la encik kashim kan, kononnya nak make amend sebab hari ahad dgn isnin tu aku tak call dia langsung aku buat tatau tak dtg ofis dia. tapi suara dia haruslah di dengar! ahhaa.aku tau mesti dia menyampah kat aku. mungkin dalam hati dia kata "tahi betol budak ni. tak boleh di harap langsung.pemalas! bengangnya!tak bole diharap!". ahaha. tak kisahla.aku nak tergelak pon ada bila dgr suara dia yang macam menyampah kat aku. aku redha je lah kalau dia nak buang aku pon.bila fikir balik aku bukannya takde kerja full time. cuma aku nak extra income je. dan mencari extra income dgn bekerja dgn si encik tu memang tak berbaloilah. penat naik bas + penat naik lrt + penat dgr idea dia + penat tunggu pc tu sbb memory low sangat..last2 aku yang conk. tapi aku mcm dah buat decision nak call dia dan cakap nak chow. hari tu aku ada berimaginasi kalau aku call dia, apa reaksi dia..haa contoh ayat:

"helo encik kashim, ni saya ni..intan"
"ha intan.."
"saya rasa saya.."
"mcm nilah intan, saya rasa saya dah tak perlukan khidmat awak lagi. u jangan pulak terasa."
"ha? betol ke encik kashim? encik kashim sure ke ni? wah, kalau mcm ni terima kasih banyak2 la encik kashim. dah lama saya tunggu2 berita gembira ni.kehkeh"

aku mcm terfikir balik, kalau aku cakap mcm tu apa agaknya reaksi dia?
fuh! oklah, hari ni objektif hidup aku nak jadi kurus, kaya dan bahagia.hahaha. semoga berjaya ya!

Tuesday, April 12, 2005

grazie, non grazie

mengantuk betol nak lukis balik gambar kat flash ni. lama lama sampai dah tak tau nak buat apa walaupun nak ikutkan sebenarnya kerja tu ada. malam tadi pergi rumah ropol. terjumpalah ropol, afni, suhana,dan lepon. kasihan betol lepon sebab keretanya sudah hilang. sedih juga mendengar kisah ceritanya. haa, ingat semalam nak datang kerja, tapi dah terponteng pulak. lepas tu aku pon ikutlah si alfisyar ni ke plaza damas sebab dia nak pergi site dia kat situ. aku pon jalan jalanlah kat plaza damas tu nak menghabiskan masa yang terluang. bosan betol tempat tu. dahla kedai tak banyak. aku ingat nak cari magazine ke apa kat dalam plaza damas tu, tapi takde kedai jual magazine. tahi betol. last2 aku pegi kedai pay for less beli buku 7 ringgit sementara nak habiskan masa tunggu alfisyar. sbelom tu pegi jugak supermarket apa benda tah kat plaza damas tu, ingatkan ada jual magazine ter sembunyi kat dalam tu tapi takde jugak. last2 aku beli je roti sebab mcm malu pulak dah masuk situ tak beli apa2. dahla pekerja dia lagi ramai dari orang yang datang. sangap betol plaza damas ni.

hari sabtu hari tu aku pergi ofis part time aku yg kat plaza ampang tu. wah, baru aku faham kenapa ropol berenti dari situ.tapi aku kagum jugak sebab ropol boleh tahan kerja kat situ setahun. bos dia tu betol betol saiko walaupun dia adalah bos yang agak berpengetahuan dalam computer2 ni. takdela pengetahuan mana sebenarnye, tapi utk org yg umur dkt 50 mcm tu kira pengetahuan dia impressive la jugak. orang tua ni baru beli printer baru. dia ni kedekut, dan dia nak print semua company profile, brochure, leaflet semua sendiri sebab dia tak nak hantar kedai.kenapa dia tak nak hantar kedai dia kata sbb dia nak print dalam amount sikit. takdela sikit mana..sebab company profile je dia nak 100 copy. satu copy 30 pages.hish. masalahnya, tak kisahla dia nak print sendiri kan, tapi kedekutnya masya allah. dah cantik2 company profile tu ropol buat, aku kena ubah sikit utk kurangkan dia punya kaler.tapi nak nampak cantik, tapinya dia nak murah. tekanan betol aku. dari pkl 3 ptg sampai 8 malam aku duduk situ, satu page pun tak siap2 sebab sepanjang masa dia ada kat belakang aku je dan sibuk nak kasi komen dan idea dia. sakit betol kepala aku masa tu. tapi aku sabar je. tapi aku memang geram sangat dengan org mcm ni. kedekut ink tapi nak print sendiri. kedekut ink tapi nak profile nampak cantik. macam mana tu? aku dah edit sikit lepas tu dia suruh aku print 10 page benda aku dah edit tu, lepas tu dia pun sibukla nak cek percentage ink tu. oh, aku memang benci orang yang membuatkan kerja senang jadi susah sangat ni. urgh. org mcm ni adalah virus. jauhilah dari orang jenis mcm ni.

kalau mcm ni tekananlah aku untuk selama lamanya.alahai..eh tapi lupa nak cakap, patutnya hari ahad tu aku dtg jugak ofis dia tapi aku tak dtg, semalam pon patutnya aku datang, tapi aku ponteng jugak.mungkin dia dah buang aku dari kerja kat tempat dia.kehkeh.ikut suka kaulah labu.