Image hosted by Photobucket.com

Thursday, November 25, 2004

Ironinya ironi


ihsan matyoe Posted by Hello

Hidup tanpa membaca berita tentang artis artis malaysia (melayu) atau bergossip tentang artis memanglah tak lengkap kot.Kadang kadang kebodohan mereka memang menarik untuk diperkatakan (pun intended). Ada yang mengaku injek vitaminlah (walaupun aku rasa memang ramai pun yang injek. cuma nak tak nak mengaku je), ada yang buat gambar lucah lah, ada yang buat buat dibelasah oranglah..hahaha.Memang kelakar. Sebab tu hidup memang tidak lengkap tanpa membaca majalah seperti urtv atau media hiburan atau mangga. Oh aku memang sukaaaa sangat baca majalah majalah macam tu. Tapi takdela sampai nak beli sebab aku rasa macam malu je kalau nak pegi kedai beli majalah macam tu.Hahahah. Oh hari ni aku telah terlalu rajin surf surf dan terjumpa benda yang menarik di forum artismelayu.net untuk anda sekalian yang terbaca blog ini.Heheh. Sila vote untuk kenyataan artis malaysia yang paling bodoh.

Calon pertama: CHEF WAN
"Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah seperti aerobik?",

Calon kedua: MISHA OMAR
"Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali ini, dapat berduet ngan abang jamal".

Calon ketiga: SYANIE
"Syanie...apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan"...
Jawapan dari Syanie.."Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai.....".


Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
"Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956," jawab salah seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri "Bersama Norman" yang disiarkan di TV1.

Calon kelima: FIZA
"Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan"


Kehkehkeh. Penat aku gelak baca ayat ayat tu semua. Terima kasih kepada sumber sumber di forum artismelayu.net. Tanpa anda pasti kita semua tidak tahu betapa lawaknya artis astis malaysia ini. Oh sebelum aku lupa, hari ni keluar dekat suratkhabar Linda Rafar nak saman ada website yang publish gambar lucah dia dengan Edry tu. Peliknya. Bukan banyak ke website kat internet ni yang publish gambar dia dgn Edry tu.Kelakarla macam ni. Dah jadi kes polis pulak sebab si Linda Rafar ni dah report ke polis. Hahaha.Terima kasih juga inginku ucapkan pada artis artis malaysia sekalian. Tanpamu hidupku tidak akan penuh dengan gelak ketawa. Anda semua memang menghiburkan!

Tuesday, November 23, 2004

njalok ngapuro semua!

mengantuknya hari ni. pagi tadi dgn rajinnya saya telah berskipping sebanyak 200 kali dgn harapan mengurangkan lemak lemak yang telah berkumpul kembali selepas puasa hari itu. malah hari ni saya telah mengambil langkah drastik dengan berpuasa 6 (sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini!) kerja masih belom siap lagi. tak tau la bos mau marah atau tidak. biarkanlah dia ke hong kong tanpa flyer2 dan bunting2 nya.

oh sekarang memang gila main sims 2! memang best dan membuat saya berasa bersemangat untuk hidup. kadang kadang saya rasa hidup saya macam sims. disebabkan saya mengantuk sekarang saya terbayangkan yang energy level saya adalah tahap yang rendah sekarang.hahaha. mari saya ceritakan tentang keluarga sims saya. keluarga saya namanya keluarga lala..ada suami isteri nama schmoody lala (suami) dan moody lala (isteri) masa mula mula kawin si schmoody dan moody ni memang romantic la.tapi lama lama si moody jadi lesbian pulak dengan jiran sebelah bernama kak mat. hahaha.kesian schmoody. dia kantoikan moody tu tengah beromantic dengan kak mat,dan terus dia nangis.hahaha.kelaka sangat la game ni. membuat saya berasa asyik nak main je. setiap hari balik kerja tidur lambat sebab kena main sims sebelum tidur. memang penat tapi takpe, bahagia rasanya.hahaha.

oh, njalok ngapuro adalah minta maaf dalam bahasa jawa. abah saya kata njalok ngapuro sing apik apik bermaksud minta maaf banyak banyak. jadi di sini saya ingin mengucapkan selamet dino bodo dan njalok ngapuro sing apik apik untuk semua yang terbaca. jawa power!hahaha.