Image hosted by Photobucket.com

Monday, November 07, 2005

Selepas hari raya






Hari ni memang malas sangat nak kerja. Hari pertama kerja selepas Hari raya yang penuh dengan saudara mara, masalah kesakitan perut, kuih cornflakes dan duit raya (ya..aku masih dapat duit raya lagi.haha). Hari raya tahun ni ramai sangat saudara mara yang membuat muka senyum terkulat kulat sambil bertanya, "eh bila tarikhnya nak kahwin ni?" Penat jugak aku nak jawab soalan yang sama sebab setiap kali aku jumpa saudara mara yang lain soalannya sama jugak. Aku balik Batu Pahat hari Rabu sehari sebelum hari raya. Hari Isnin malam sebelum tu aku dengan bersemangat sekali buat Kek batik untuk encik burger kerana konon kononnya begitu bersemangat untuk mengambil hati bakal bapa mertua.Haha. Tapi seperti biasa setiap kali kali aku buat kuih atau kek atau apa apa saja yang berkaitan dengan dapur, mak aku harus menengok sekali dan kemudian mengambil alih apa yang aku buat dan menyebabkan aku jadi tensen. Ya, memang patut bersyukur kerana mempunyai mak yang sungguh baik hati tolong apa yang aku buat tapi aku memang sangat tidak tahan mendengar komen komennya yang sungguh sarcastic sekali. Susah juga macam ni, tapi aku rasa nanti bila dah kahwin mesti aku sedih jugak kalau mak aku takde nak tolong aku walaupun kadang-kadang komen dia tu membuatkan hati aku mengecil sebesar semut. Haha. Tapi kalau aku mengadu kat encik burger pasal ni mesti dia cakap "at least awak ada mak lagi..sabar je la..bersyukur.." Betol jugak kot.

Hari Raya kali ni telah membuatkan saya sedar tentang beberapa perkara:

1. Keluarga saya dan saudara mara saya mempunyai masalah bercakap serentak di dalam satu masa. Ya, anda semua patut mendengar bagaimana mereka semua bercakap serentak dalam masa yang sama dalam campuran bahasa melayu dan jawa dan ketawa dengan begitu kuat dan membuat pelbagai memek muka yang saya tak sangka manusia pun boleh buat.Dan saya selalu merasa pelik macam mana dia orang boleh faham apa yang dicakapkan. Masalah ini bertambah kronik lagi sebab saudara mara saya agak ramai sebenarnya dan setiap kali hari raya dari kecik sampai sekarang saya masih konfius apakah relationship saya dengan orang orang yang datang ke rumah nenek saya.

2. Anak kesayangan mak saya adalah adik bongsu saya, Sabrina. Eh sebenarnya sebelum ni pun saya dah tau sebab mak saya adalah satu satunya orang dalam keluarga saya yang panggil Ina, "baby" walaupun adik saya sudah berumur 14 tahun. Saya tak jeles pun tapi kadang kadang saya rasa lawak sebab adik saya meng'utilisekan' statusnya sebagai anak bongsu dengan cemerlang sekali. Oh masa raya baru baru ni, Ina demam. Sikit je sebenarnye, sebab adik saya sorang lagi iaitu Acik pun demam jugak. Dan Acik demam lagi teruk dari Ina. Tapi mestilah mak saya jaga Ina dengan lebih lagi sehingga mak saya tak pergi sembahyang raya dan melawat kubur dan tahun ni rumah saudara mara pergi dalam 5 rumah sahaja. Sebab Ina juga. Syukurlah Ina dah sihat.Haha.

3. Kalau ramai pakcik dan makcik saya tak balik, Hari raya di kampung agak bosan sebenarnya. Anak nenek saya sebelah mak saya ada 8 orang semuanya.Pagi hari raya pertama 4 dari 8 orang tu je balik. Tahun lepas semua balik, jadi tahun ni punya raya tak meriah macam tahun lepas. Saya ada 2 orang pakcik yang setiap tahun habiskan beratus ratus ringgit beli mercun dan bunga api, tapi tahun ni dua dua pun tak balik, jadi tak dapatlah saya melihat persembahan mercun KLCC. Jadi walaupun Syawal tahun ni belum habis saya memang sungguh looking forward untuk Hari raya tahun depan. Tapi tidak semudah itu. Disebabkan tahun depan bila hari raya insya allah saya sudah mempunyai suami untuk di jaga dan ditaati, kemungkinan untuk berhari raya pertama di rumah bakal suami adalah sangat cerah. Malah disebabkan oleh hal ini, sejak malam tadi saya telah mula bernegotiate dengan encik burger untuk balik jugak ke batu pahat raya pertama tahun depan. Walaupun saya tahu Raya tahun depan adalah setahun lagi saya percaya jika saya bernegotiate awal, saya akan berjaya! Kerana ramai orang yang berkata "patience is the key", eh ke?

4. Kutipan duit raya tidak berkurangan walaupun hanya sikit saja pakcik dan makcik yang balik. Ya, sebenarnye saya agak malu juga nak mengaku yang saya dapat duit raya lagi. Tapi kutipan duit raya tahun ni lumayan jugak dan menyebabkan saya terseyum lebar apabila memegang duit duit yang keras dan fresh dari bank itu. Tapi apabila teringat inilah tahun terakhir saya mendapat duit raya kerana tahun depan saya insya allah berhari raya dengan encik burger saya garu kepala balik. Kalau tahun depan dapat pun mungkin RM 10 sahaja kerana tahun ni ibu bapa saya juga mendapat duit raya dari seorang makcik saya yang telah baik hati kasi duit raya kepada semua orang termasuk adik beradiknya sendiri. Bolehlah tu.

5. Kuih favourite saya adalah apa apa yang berkaitan dengan cornflakes. Ya, walaupun tahun lepas saya dan adik saya telah berjaya menghabiskan 3 balang cornflakes madu di rumah saudara, saya baru sedar pada tahun ni saya memang suka apa apa kuih yang ada cornflakes. Tahun ni di rumah saudara yang sama, saya telah habiskan sebalang cornflakes madu, tapi malangnya tahun ni dia tak refill pulak. Haha.

6. Kuih default semua rumah yang saya pergi adalah kuih almond london ataupun london almond (sama je la). Dulu sebenarnya saya suka kuih ni, tapi disebabkan lama lama macam bosan sebab dia asyik lekat kat gigi dan saya dah hilang selera makan kuih berkaitan coklat di hari raya, saya telah mengeluarkan almond london dari senarai kuih favourite saya.

7. Sistem pelawasan yang baik adalah perlu untuk menyambut Hari Raya yang gilang gemilang. Ini memang betol hasil pengalaman sendiri.Haha.

Oh ya, setelah 2 perlawanan yang malang, akhirnya Manchaster United menang malam tadi. Saya sungguh terharu hingga hampir mengalirkan air mata kerana terlalu gembira. Cuma yang malang sikit hari ni kena balik naik bas. Bencinya. Apa-apa pun Selamat Hari Raya semua dan Maaf Zahir Batin!