Image hosted by Photobucket.com

Thursday, December 08, 2005

Splitsville becometh

Boohoo. Yusry and Erra Fazira admitted to living separately for months now in today's news. I thought the hooha over their wedding was a tad overboard, and the rumours about them splitting is quite believable so this came as no surprise. But still it seems a little bit tacky to deny deny deny and then admitted publicly that everything that they denied is true after all. Ugh. And Britney Spears has thrown her husband out of her house which is something that I can see has been long time coming. And the saddest news of all, Brad Pitt has decided to adopt Angelina Jolie's children, which means her children will have 'something-something-Jolie-Pitt' in their names. I have no idea why until now I feel betrayed by Brad Pitt for leaving Jennifer Aniston (ceh, mcm aku pulak Jennifer Aniston) but I just thought that their marriage will last longer, well at least longer than Nick Lachey and Jessica Simpson. Marriage is so easy for these people. And to think that some people like me have to catu perbelanjaan just to have enough money to get married and some people spend 30k for their hantaran and then having their wedding at PWTC but now heading to splitsville.. What were they thinking anyway?

Wednesday, December 07, 2005

Damansara Uptown yang merbahaya

Semalam macam excited nak jumpa encik burger sebab dah tak jumpa seminggu, yelah sejak kereta dah hantar woksyop mmg tak penah jumpa. Pukul 5.26 macam tu aku pun dengan bersemangat turunla cepat cepat walaupun masa kerja aku tak cukup lagi 9 jam. Masa tu aku memang bertekad untuk naik bas pukul 5.30 yang aku selalu termiss tu. Tapi seperti biasa, agaknya aku ni memang takde rezeki nak balik 5.30, tunggu tunggu tak sampai jugak bas tu. Lama lama dah 20 minit tunggu tak sampai sampai aku dah start menyumpah nyumpah la dalam hati (contoh perkataan seperti tahi, b*bi tonyok, bangang, bodoh dan macam macam lagi). Ada jugak perasaan macam nak ambik batu-batu atas jalan tu lepas tu baling kat setiap kereta yang lalu (begitu lemah sekali tahap kesabaran aku. mcm mana agaknya orang yg memang naik bas tiap tiap hari. memang hebatlah orang yang macam ni. saya sangat mengagumi kamu semua).

Tiba-tiba ada seorang perempuan ni menjerit, aku pun pandangla belakang, ternampak ada 2 orang mamat atas satu motor ni mcm tgh nak buat pusingan kat atas jalan tu, dan perempuan tu pulak menjerit-jerit. Rupa-rupanya mamat 2 orang yg sangat syaitan perangainya telah meragut perempuan ni tapi aku tak sure sangat apa yang di ragut sebab aku tengok handbag perempuan tu ada lagi. Berani sungguh syaitan 2 ekor ni meragut orang di hari yang terang benderang dan ramai orang di kawasan uptown yang sentiasa tak cukup parking ni. Dan paling ironi sekali sebab lepas pulak tu mamat 2 ekor ni. Aku memang agak terkejut jugak, dan terus tak jadi menyumpah nyumpah bas.
Kesimpulannya Damansara Uptown ni memang kawasan berbahaya. Walaupun Balai Polis Damansara Utama memang dekat sahaja tetapi kes ragut boleh jugak tahan banyaknya di sini. Oh dan hari tu, depan ofis aku ada orang dicopet keretanya di siang hari. Jadi berhati-hatilah jika datang ke kawasan Uptown ini ya.

Monday, December 05, 2005

perut yang terlalu kenyang menyebabkan imaginasi tidak boleh dikawal.


Sambil tengok cerita 3 Abdul malam tadi, tiba tiba aku tertidur pulak. Lepas tu pukul 3 pagi tiba tiba terbangun, dan terus telefon encik burger.Lepas tu ingatkan nak tido balik dan aku pun pusingkan badan ke sebelah kiri dan tutup muka dengan selimut. Pusing kiri, pusing kanan tak boleh tidur pulak. Tak tau kenapa tiba tiba aku macam rasa bulu roma meremang dan secara automatik aku terus teringatkan Maya Karin dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam. Aku tertengok ada trailer PHSM2 tu kat tv, ada satu scene ni, ada perempuan baring atas katil, tengah tidur, sambil sambil pontianak harum membuat muka bengis, tengok perempuan ni tengah tidur, terapung apung atas perempuan ni. Walaupun iklan tu kat tv je, dan walaupun kadang kadang aku rasa lawak jugak muka Maya Karin tu dimekapkan sebab ada ala ala penyanyi tahun 80an, tapi bila aku teringat scene tu pukul 3 pagi time tak boleh tidur aku jadi takut pulak. Aku pun tutup balik muka aku dengan selimut dan tutup kepala dengan bantal dan baca ayat kursi banyak banyak dan berharap dapat tidur cepat cepat. 4,5 kali agaknya aku ulang proses yang sama tapi tak ngantuk ngantuk jugak. Tekanan aku kalau ketakutan dengan benda benda ghaib ni. Lepas tu aku asyik bayangkan rambut panjang ala-ala Maya Karin dalam cerita pontianak tu menyapu nyapu muka aku. Ish. Akhirnya pukul 4 baru tertidur dan termimpikan ada secret affair dengan Hani Mohsein pulak dan dalam mimpi tu dunia macam dah nak kiamat. Mungkin inilah akibat terlalu banyak makan di rumah saudara, sebab petang tu aku pegi rumah saudara aku dan aku memang makan banyak sangat sbb dia asyik keluarkan makanan je. Nampaknya kena beli teh orang kampunglah mcm ni.