Image hosted by Photobucket.com

Thursday, October 20, 2005

Kuih Raya Hebat


Kuih rayaaa

Dengan puasa yang tinggal 2 minggu lagi ini, saya telah menceburkan diri dalam bisnes kuih raya. Oleh itu di sini saya ingin mempromotekan keenakan dan kemontokan kuih raya yang saya jual ini. Marilah semua membeli kuih raya saya yang sungguh hebat dan enaaakk ini! Kalau rumah takat kat area PJ, KL ni jangan risaulahh, pasti boleh di hantar kerana saya mempunyai driver yang hebat dan cekap yang boleh menghantar kuih raya anda dengan selamatnyaa..Hehe..Malasla nak taip panjang2, untuk keterangan lanjut bolehlah bukak Laman Web Kuih Raya Hebatku

Tuesday, October 18, 2005

Malap gelap

Semalam macam hari yang malap sikit. Untuk ofismate akula, bukan untuk aku tapi. Pagi pagi datang ofis semalam dah tak ada internet. Last month pun mcm tu jugak, masuk masuk ofis internet bukannya down, tapi kena potong. Lawak betol bos aku ni. Last month aku dengan ofismate aku, Shima terpaksa jalan kaki ke Telekom di tepi jalan dekat area uptown tu. Penatla jugak, lagi lagi time tu tgh puasa sunat. Orang lain kat ofis yang ada kereta tu kalau boleh nak cepat je internet tu up, tapi bila mintak tolong bayarkan bil tu (bukan pakai duit sendiri pun, cek dah siap bersign, tinggal tolong bayarkan je) semua tak mau. Macam macam la alasan seperti susah nak cari parking la, itu susah la ini susahla. Tak apalah, tak baik aku komplen banyak banyak, nanti kurang pahala puasa. Dengan bengangnya Shima pun ajakla aku (aku jugak tu!) temankan dia pegi Telekom. Eh tapi ini cerita last month punya, yg terjadi semalam pulak Shima pegi sorang sorang. Telekom ni pun satu, dalam notis tulis kalau tak bayar by 29hb baru dia nak potong, tapi smalam baru 17hb, apakah kesnya dia memotong seawal mungkin? Hm. Baik salahkan bos aku je la. Yang bestnya Shima pulak tersilap tulis kat cek tu, jadi free freelah dia kena marah dgn bos perempuan (ofis ni ada bos perempuan dan bos lelaki). Agaknya kerana tensen hari ini Shima terus MC.Haha. Kasihan.

Semalam pun hari yang malap jugak untuk ofismate aku Zami sebab dia baru break dengan boyfriend dia. Kesian sebab menangis kat ofis, tapi orang mcm aku ni nak tolong apa. Aku dengar dan bersimpati je lah kan. Tapi hari ni dia sudah gembira, dan ex boyfriend dia tu pulak sibuk call dan sms nak sambung balik. Pelik jugak aku. Tapi itulah, kesimpulannya nak cakap apa apa fikirlah dulukan. Haha, tiba tiba teringat zaman sekolah dan ada bf lah kononnya. Lepas tu bila dah bosan aku nak break, tulis surat je. Lepas tu kalau dia call jangan jawab, siap pesan kat adik aku tu kalau dia call cakap aku takde, ataupun satu tektik yang dulu aku selalu praktikkan ialah putuskan wayar telefon rumah tu kalau rasa rasa dia nak telepon.Haha.Eh tapi zaman sekarang orang mesti dah guna teknologi sms pulak. Oklah, aku nak cari resipi untuk membuat kuih raya pulak. Haha. Harap harap takde yang hangus lagi.