Image hosted by Photobucket.com

Friday, January 27, 2006

Dah 2006 lah

Ini adalah post pertama tahun 2006.

Saya tak tau kenapa saya malas sangat nak update. Saya rasa sebab saya tak terbuka hati untuk updatekan blog saya. Lagipon kalau tak update pun tak apa, tak ada kesan pada sesiapa pun. Berita yang hebat untuk bulan Januari 2006 adalah kawan saya iaitu Bostami yang selalu di panggil orang asli Temerloh dan yang terkenal dengan kastem msgnya di ym "sunburned since 1981" rupa rupanya telah masuk top10 untuk calon calon angkasawan. Nampaknya orang asli dah nak ke angkasaraya walaupun sebenarnye dia bukanlah orang asli pun. Nampaknya nanti ramailah orang nak tumpang populariti Bostami dan mengaku dia sebagai kawan.Kehkeh. Semoga berjaya ya tami. Seterusnya seorang lagi kawan saya di sekolah menengah telah melahirkan seorang baby boy yang agak berat juga sebab beratnya dalam 4.77kg dan saya rasa ini baru first time ada orang yang saya kenal melahirkan anak berat macam tu. Jadi apakah resolusi tahun baru untuk anda semua? Saya tak ada resolusi tahun baru pun sebab tiap-tiap hari saya buat resolusi contohnya seperti
"jangan cubit encik burger kuat kuat sampai lebam lebam tangan dia"
"eh hari ni datang ofis nak buat kerja rajin rajin la tak mau baca blog orang dan fikir pasal kahwin"
"hari ni nak tolong mak masakla sebab kaki mak sakit..kesian" (walaupun sebenarnye bila tgh tolong tiba2 mak membebel lagi terus saya melarikan diri.haha)

Oh, dan saya ada satu penemuan baru yang saya rasa boleh mengawal kemarahan saya. Jawapannya adalah coklat, apam balik, ataupun apa apa saja yang sedap dan manis. Hehe. Cubalah makan semasa tengah marah yang amat, pasti reda.