Image hosted by Photobucket.com

Saturday, October 08, 2005

si gemuk dari utara



dulu masa dia ajar kamera kat transtel mesti aku menguap dan teringatkan katil kat mmu. dia asyik tanya "lat, kau faham ke?" aku pon jawab ya je la sebab aku malas nak tanya walaupun sebenarnye aku tak faham sangat. masa praktikal kat transtel dia selalu kata aku notorious. haha. dan aku faham kenapa. masa atuk aku meninggal dan aku menangis teruk sangat kat transtel, dia hantar aku balik rumah dan sempat buat lawak yang bodoh masa balik walaupun time tu aku tengah menangis lagi. dulu dia ada jugak hantar aku, nor dgn ropol balik ke rumah aku naik van transtel yang buruk sampai bapak aku ingat dia perempuan sebab time tu rambut dia panjang. bila dah habis praktikal dia selalu hantar dan ambik aku bila aku nak ulang alik dari mmu pulak, tu pun sebab aku yang paksa.haha. bila aku tak tau mcm mana nak isi minyak (oh aku mmg ada masalah kat stesen minyak) masa drive kereta afni, aku suruh dia isikan. eh, tapi sampai sekarang aku pon tak sure sangat macam mana boleh bertunang dengan dia? haha.

selamat hari jadi encik burger. terima kasih di atas segala galanya. nanti jangan lupa ambik saya kat opis pukul 1 ya.

Thursday, October 06, 2005

Puasa ke hari ni?


kenapalah aku kena buat design sms wallpaper ni?isk.

Selamat menyambut Ramadhan semua. Ya, Ramadhan datang lagi. Bulan untuk menginsafkan diri, bulan untuk shopping di sale2 hari raya (hehe), bulan untuk ke pasar ramadhan dan beli semua yang nampak best sebab mcm rasa sedap tapi bila makan tak sedap mana pon (banyak kali dah buat mcm ni.haha), bulan tidak berapa nak produktif di ofis, bulan untuk berniaga (tahun lepas jual brooch, tahun ni nak jual apa ya?)dan bermacam macam lagi ya.

Tahun ni ofis hour dari pkl 8.30-4.30 atau 9-5. Tapi aku macam biasa tak masuk mana mana kategori pun sebab aku selalu sampai ofis pukul 9.30. Haha. Tak kisahla asal cukup 8 jam. Tapi nak ikutkan kalau aku datang 8.30 pon tak berguna jugak sebab encik dreber datang pon tak tentu masa. Kadang kadang awal kadang lambat. Macam tu baik aku datang lambat je.

Oh hari ni baca dekat newspaper, tak sangka ya pelakon Ismail Din tu dah meninggal. Ha, aku bukan la layan sangat pun dia berlakon ke apa, tapi dulu aku selalu cakap kat mak aku dengan makcik2 aku yang Allahyarham tu rupa dia mcm bapak aku. Dan last year masa pegi umrah pun aku ada terserempak jugak dengan dia. Tak sangka ya tahun ni dah ajal dia pulak, yelah tengok gaya orangnya macam sihat je, kurus je tapi nampak mcm kurus sihat. Bila di ingat balik takut juga sebab bila bila sahaja boleh mati sebenarnye bila dah ajal. Tapi aku rasa beruntung sangat sebab dia meninggal masa tgh bertasbih kat Mekah dalam bulan Ramadhan pulak tu. Semoga rohnya dicucuri Allah.Amin.