Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, July 27, 2005

Adakah ini benar atau lawak semata-mata?

Hello INTAN BINTI ZALANI.
Terima kasih kerana mendaftar dengan Agensi Angkasa Negara sebagai calon untuk program angkasawan.
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk menjalani ujian seterusnya.

2. Sehubungan dengan ini, ANGKASA akan mengadakan proses saringan pemilihan angkasawan
di beberapa tempat di seluruh Malaysia seperti berikut :-

Tarikh Lokasi
27 Ogos 2005 Pangkalan Udara Kuantan ( Pahang )
7.00 pagi Perasmian oleh Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Pertahanan Malaysia

3 September 2005 Diadakan serentak di :-
7.00 pagi
1. Kem Mahkota Kluang ( Johor )
2. Kem Penrissen Kuching ( Sarawak )
3. Kem Lok Kawi Kota Kinabalu ( Sabah )
4. Pangkalan Udara Butterworth ( P.Pinang )
5. Pangkalan Udara Subang ( Selangor )

3. Semua calon yang telah disenarai pendek boleh memilih salah satu lokasi seperti yang dinyatakan
di atas dan semua calon dikehendaki mengesahkan pilihan lokasi ujian kecergasan fizikal tersebut
dengan mengisi maklumat kedalam laman web kami sebelum 5 Ogos 2005.

4. Semua calon dinasihatkan membuat persediaan awal dari segi latihan fizikal. Kelayakan minimum ujian
larian 3.5 km ialah 20 minit.

5. Semua calon dikehendaki memastikan keadaan kesihatan mereka membenarkan mereka menjalani latihan larian
dan ujian tersebut dan pihak ANGKASA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau
kemalangan yang berlaku semasa latihan atau ujian dijalankan.

6. Untuk makluman tuan/puan segala perbelanjaan persendirian untuk menghadiri ujian tersebut adalah dibawah
tanggungan calon sendiri.

Sekian, terima kasih.
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)