Image hosted by Photobucket.com

Friday, May 13, 2005

adakah bosan

oh aku ada satu penemuan baru untuk keringkan jerawat! balik rumah, tak payah cuci muka, menangis puas2 lepas tu tidur. bangun pagi dan jerawat terus kering! hebatkan. percuma sahaja dan tak memerlukan tenaga yang banyak.dulu kat mmu aku ada satu cara untuk nampak cerah sikit.waktu malam sebelom pegi dinner, tidur dulu dalam setengah jam ke. lepas tu bangun dan terus pegi cafe tanpa cuci muka. memang nampak putih! tapi sekejap je la. haha. walaupun tak adalah setanding penemuan isaac newton dan teori gravitinya tapi aku amat puas hati dengan penemuan-penemuan aku ni.

gossip ofis sekejap. tasya dah nak resign (maybe dah hanta surat resign pun) dan akan kerja kat ofis uncle dia. bestlah. aku yang cuba lari tak dapat dapat lari. tak apalah. aku masih stuck dengan flash aku lagi,tapi aku sungguh gembira kerana telah maju sedikit. untuk orang yang jarang buat flash dan kadang kadang takut dengan flash (dan juga flasher) aku bangga jugaklah.hahah. tapi aku tak taulah hasilnya bila orang lain tengok nanti. sebab itulah kadang kadang aku malas jadi designer. proses nak keluarkan idea mcm proses nak lahirkan anak agaknya.

baru dapat panggil dan alfisyar dan cakap dia akan balik lambat. bencilah.terus takde mood nak blog.da~

Thursday, May 12, 2005


pasangan berkulit hitam yang suka membantu orang telah menang satu juta dollar Posted by Hello


rob dan amber nombor dua sahaja nampaknya Posted by Hello


ron tak sanggup tengok kelly dan dapat nombor tiga Posted by Hello

Semalam nonton Amazing Race 7. Sebenarnya pukul 11 pagi aku dah tau resultnya sebab aku dah sibuk cari cari kat internet. Memang hebat sekali Uchenna and Joyce. Dari zero ke hero dan ke satu juta dolar. Walaupun sebenarnya aku lagi suka Rob and Amber, tapi Uchenna dan Joyce main dengan sungguh mulia dan jujur. Sampaikan beberapa meter lagi ke garisan penamat pun dia orang sanggup cari duit untuk bayar duit cab driver disebabkan duit dia orang semua dah di ambik sebab dapat nombor last dalam previous leg. Rob and Amber pulak disebabkan sesat dan pilot yang terlalu baik hati ( pintu flight dah tutup, tapi boleh bukak balik sebab tiba2 Uchenna & Joyce datang kat kaunter. Logik ke tu? Tahi betol producer ni) telah dapat nombor 2. Oklah tu. Dahla menang banyak percutian, lagipon memang betol dia orang dah ada sejuta dolar hasil Survivor, jadinya kalau tak menang pun tak apalah. Lagipon dia orang dah memang popular. Dahla wedding pon di sponsor stesen CBS. Rob dan Amber adalah contoh terbaik orang yang suka masuk contest dan menang byk hadiah dan hidup dengan selesa hasil dari hadiah yang banyak.Haha.Agaknya sebab tu lah aku suka masuk contest walaupon aku jarang menang kerana berimpian untuk mendapat duit yang banyak sekaligus.Hahaha. Lepas ni apa agaknya untuk Romber? Survivor dah masuk, AMazing Race dah masuk, kahwin pon dah..masuk Explorace nak? Ahaha. Tapi disebabkan Explorace hanya dapat RM100k (yang bila di convert ke US dollar, alahai ciput sahaja) jadi kemungkinan untuk nonton Rob & Amber di kaca tv anda adalah mustahil.Hahaha. Aku mengaku aku suka Rob sebab dia hensem la jugak, tapi kalau tengok cara dia main Amazing Race memang hebat. Kagum sebentar. Dan aku kagum sebab team lain semua gaduh sesama sendri, tapi Rob tak pernah marah Amber pun. JArang sangat tengok orang masuk Amazing Race tak marah sesama sendiri.

Oh lupa, no 3 pulak Ron & Kelly. Akhirnya sudah break up kerana Ron tak mau kawin dengan Kelly. Kasihan jugak kelly. Ron tu pun satu. Nak break pon tunggula abis Amazing Race. Tapi Kelly tu pun boleh tahan bodoh jugak. Membebel melampaui batas. Tak habis habis. Hahaha. Dahla nombor 3, lepas tu break. Kesian jugak.Lepas ni tak dapatlah nonton Amazing Race 7 lagi sebab dah habis dah pun. Harap2 Amazing Race 8 nanti best jugak. Tahniah kepada Amazing Race kerana telah berjaya membuat aku menonton tv! Jumpa lagi di season hadapan ya.

Wednesday, May 11, 2005

Aneh

Kasihan betol Ahmad Hafizal. Dahla mau ke mahkamah pun terpaksa meminjam duit ibunya sebanyak 7 ringgit, lepas tu di mahkamah dikenakan denda RM600 pulak dan tak mampu nak bayar. Selepas itu disebabkan tak mampu bayar denda, dikenakan pulak hukuman penjara 14 hari. Semuanya sebab tak melaporkan diri ke Program Khidmat Negara. Itu pun sebabnya dia mahu bekerja untuk menyara keluarganya sebab terlalu miskin. Tapi apa pula kata majistret yang menjatuhkan hukuman?

“Walaupun datang daripada keluarga miskin, kamu tidak seharusnya membelakangkan arahan kerajaan yang mewajibkan setiap remaja lepasan sekolah menjalani PLKN.
Kerajaan membelanjakan wang yang besar untuk menyediakan PLKN bertujuan membentuk sahsiah dan menanam semangat patriotik di kalangan generasi muda.Saya berharap hukuman ini menjadi pengajaran kepada remaja lain supaya tidak memandang ringan arahan kerajaan apabila diminta menghadiri PLKN,"


Semuanya macam tu kan? Semuanya haruslah kerajaah itu nombor satu. Kalau pergi PLKN dan keluarga di rumah tidak makan, siapa mahu tanggung? Kerajaan jugakah? Mulia sangatkah kerajaan itu sampai patut di agung agungkan sangat? Ironinya kerajaan yang asyik minta disokong, dijunjung, dan dimuliakan ini. Pencuri, perompak masih banyak lagi tapi masih mahu bazirkan masa tangkap orang miskin yang salahnya hanyalah tak hadir ke suatu program yang diwajibkan kerajaan. Terfikir juga adakah anak menteri terpilih masuk PLKN. Penatlah nak fikir masalah negara ni. Masalah nak siapkan demo flash pun tak habis habis. Baliklah dulu macam ni.