Image hosted by Photobucket.com

Saturday, November 06, 2004


bungkusan fruit cake yang masih elok sebelum dibuka Posted by Hello

kad pada bungkusan fruit cake yang basah lencun ditimpa hujan Posted by Hello

the near ending of puasa

i woke up this morning and saw my mak and abah buying kuih raya like mad in kelana jaya pasar tani. and then baru teringat i myself haven't bought anything for myself this raya..well except for a new digital camera of course..nyehnyeh. so right now it's saturday and i am still at the office, counting days until raya but at the same time sedih sekejap sebab puasa dah nak habis:(

today i have bought a new telekong for my mak as a hari raya gift for her. i'm not a gift person so the act of me buying a gift is an achievement in itself..haha.for baby birthday this year i only bought him a card and a treat at secret recipe! hahaha..kesian. tapi itula. nak buat camana.
already got my insurance policy and planning to go shopping with baby after office hour today. harap2 la dapat apa yang nak+ at a cheaper price. office is swarmed with everybody turning into sales person with everybody having everything to sell for raya. cakap je nak beli apa..there's mercun, tempeyek, kuih raya tu tak payah cakaplah, penjual MLM (a must for every office!) dan macam macam lagi. One of my officemate's wife is even currently working as a wedding planner at the mo.

Oh speaking of wedding, this coming december two of my friends are getting married..one from mmu, the other my schoolmate. bestnya nak kahwin dah! hehe. tak sangka pulak. patutla everybody keep asking me when i am getting married. haha..tak semudah itu tau tak! harta pun tak ada..nanti anak aku nak makan apa pulak..takkan nak makan digital camera.kehkehkeh. oklah, perut keeps growling..kerja ada,tapi i'm still not sure what i have to do.grrr.

da

Friday, November 05, 2004

lama tak nampak?

eh lamanya tak update apa2. nampak sangat perangai yang malas teramat.haha. previous post dulu kat imu..sekarang dah dekat company lain pulak. hari ni bermalas malasan kat ofis. teman ellie pergi fajar membeli belah kad raya dan barang2 nak buat kuih. bagus ellie ni..teman2kan dia dapat jugak sebalang kuih. semalam dia buat kuih, hari ni dapat sebalang kuih free. memang seronok. lepas tu bila orang pergi semayang jumaat, gue duduk dalam pantry buat milo sambil makan biskut mazola sambil melihat hujan yang turun di luar tingkap sana..kehkehkeh..alamak..kantoila tak puasa sebenarnya.tak kisahla.itu memang lumrah alam.
hari ni bos kasi fruit cake yang boleh tahan besarnya yang dibungkus cantik jugak. sedihnya baju raya tak beli lagi. mak dah hantar baju aku kat kawan dia suruh buatkan..tapi tak siap2 pon baju tu? sedihnya. kena keluar duit lagi untuk beli sepasang baju raya yang dah siap pulak. sebenarnya aku ni tak buat preparation apa2 pon untuk raya lagi. setiap hari duduk kat pasar ramadhan teman baby montel meniaga otak otak. tapi nampaknya beberapa hari ni tak bolela teman dia sebab kena duduk rumah temankan si idah pulak. mak dgn ina nak pegi terawih. malasnyaaaaa. ok ini list untuk hari raya:
1. duit raya untuk cousin2 sekalian
2. kantung duit raya (penting jugak ni)
3. hadiah untuk mak hari raya (maybe telekong)
4. baju raya (satu pasang sahaja..tidak boleh lebih)
5. tudung hari raya (tgklah kalau dah ada yang sesuai takpayah belilah)
6. kasut baru (yang ada sudah terlalu haus dan sedih keadaannya)
7. buat kuih (kalau rajin.haha)

itu je la kot. hari ni kalau ikut planning nak buat kuih. dah dua dah yang difikirkan.satu cornflakes, satu lagi chocolate chip cookies. aku ni dahla tak pandai masak2.kang nak buat pelik2 pening pulak nanti. ala sebenarnya suka sangat cheese, tapi kat rumah tu takda sapa minat cheese. ikutkan hati mcm best je buat cheesecake satu.nyumnyumnyum..dha pukul 4.10.approximately satu jam lagi mau balik!yaya!