Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, July 11, 2006

Betollah Itali menang!



Ingatkan sampai mati pun tak dapat tengok Itali menang World Cup, tapi rupa-rupanya dapat jugak. Bila sampai penalty shoot out aku rasa mcm sesak nafas sebab asyik teringat Roberto Baggio ambik penalty kick tahun 94 dan bola terbang naik ke langit dan bila ingat Itali tak pernah menang penalty shoot out dalam World Cup ataupon European Championship menyebabkan aku rasa tak nak tengok je penalty shootout tu sebab mcm rasa boleh kalah. Tapi rupa rupanya hantu tahun 94 tu dapat dihapuskan dan Itali pun menangla. Tu pun sebab crossbar yang bantu. Hehehe. Terima kasih Gattuso sebab kau macam pahlawan dalam cerita Gladiator, terima kasih Materazzi sebab walaupun kau selalu bawak masalah tapi kau jaringkan gol dan menyebabkan Zidane dibuang padang (kehkeh), terima kasih Cannavaro sebab lepas Maldini bersara aku ingat tak dapatla Itali menang World Cup tapi rupa rupanya dia pulak yang menang. Terima kasih Lippi sebab kau tak macam Arrigo Saachi atau Dino Zoff atau Trappatoni. Terima kasih del piero sebab kau jaringkan penalti tu sebab kaula yang pemain yang paling menyakitkan hati masa itali lawan france final euro 2000. kalau kau tak jaringkan penalti tu mmg sampai mati aku kutuk kau je kot.kehkeh. Lepas ni agaknya kena tunggu 12 tahun lagi untuk masuk final. Apa apa pun FORZA AZZURRI!

Friday, January 27, 2006

Dah 2006 lah

Ini adalah post pertama tahun 2006.

Saya tak tau kenapa saya malas sangat nak update. Saya rasa sebab saya tak terbuka hati untuk updatekan blog saya. Lagipon kalau tak update pun tak apa, tak ada kesan pada sesiapa pun. Berita yang hebat untuk bulan Januari 2006 adalah kawan saya iaitu Bostami yang selalu di panggil orang asli Temerloh dan yang terkenal dengan kastem msgnya di ym "sunburned since 1981" rupa rupanya telah masuk top10 untuk calon calon angkasawan. Nampaknya orang asli dah nak ke angkasaraya walaupun sebenarnye dia bukanlah orang asli pun. Nampaknya nanti ramailah orang nak tumpang populariti Bostami dan mengaku dia sebagai kawan.Kehkeh. Semoga berjaya ya tami. Seterusnya seorang lagi kawan saya di sekolah menengah telah melahirkan seorang baby boy yang agak berat juga sebab beratnya dalam 4.77kg dan saya rasa ini baru first time ada orang yang saya kenal melahirkan anak berat macam tu. Jadi apakah resolusi tahun baru untuk anda semua? Saya tak ada resolusi tahun baru pun sebab tiap-tiap hari saya buat resolusi contohnya seperti
"jangan cubit encik burger kuat kuat sampai lebam lebam tangan dia"
"eh hari ni datang ofis nak buat kerja rajin rajin la tak mau baca blog orang dan fikir pasal kahwin"
"hari ni nak tolong mak masakla sebab kaki mak sakit..kesian" (walaupun sebenarnye bila tgh tolong tiba2 mak membebel lagi terus saya melarikan diri.haha)

Oh, dan saya ada satu penemuan baru yang saya rasa boleh mengawal kemarahan saya. Jawapannya adalah coklat, apam balik, ataupun apa apa saja yang sedap dan manis. Hehe. Cubalah makan semasa tengah marah yang amat, pasti reda.

Tuesday, December 27, 2005

Berfikiran positif di pagi Isnin yang indah


Cuti 3 hari tapi tak pergi mana-mana pon. Tetapi saya merasa sangat hebat kerana telah begitu rajin membaca buku. Setelah menunggu berbulan-bulan lamanya akhirnya saya telah berkesempatan membaca buku chic-lit yang sungguh saya idam-idamkan untuk membaca tetapi terlalu kedekut untuk pergi membelinya iaitu Confessions of a Shopaholic. Buku itu telah membuatkan saya ingin berlari ke One Utama sekarang juga dan bershopping tanpa henti bersama credit card saya tanpa mempedulikan consequencesnya. Sebab dalam buku tu Rebecca Broomwood akhirnya kahwin dgn jutawan tetapi eh, saya macam tak kahwin dgn jutawan je. Haha. Adakah ini bermakna solution untuk perempuan yang suka bershopping adalah kahwin dengan jutawan? Mungkin juga, sebab dalam buku Azizi Ali pun dia tulis salah satu cara nak cepat kaya (sambil membaya hutang hitang kad kredit) adalah berkahwin dengan jutawan. Tetapi sekarang saya telah melupakan angan angan kosong untuk berkahwin/menjadi seorang jutawan kerana saya sedang menumpukan membaca buku motivasi pula. Memang sesuai dibaca di saat saat malas nak pergi kerja dan juga saat saat menunggu mendapat ekrja baru yang lebih hebat dan berprestij.

Ya, minggu lepas saya telah menghadiri majlis perkahwinan Ropol dan Joe di Ipoh. Tak sangka percintaan yang bermula dengan Joe meminjam kura kura ropol untuk projek design telah berakhir dengan perkahwinan ya. Kehkeh. OKlah, saya perlu mula membuat kerja sekarang juga kerana jika tidak saya akan habiskan satu hari membuat muka bosan dan blog hopping sepanjang hari sambil bukak jobstreet dan baca email sahaja. Saya tidak mahu menjadi orang yang sia sia.Haha.

Thursday, December 15, 2005

Who dey?


Semalam saya demam dan telah mengambil MC. Misteri juga kerana saya adalah orang yang sangat jarang demam tetapi sejak kerja di ofis sekarang sudah 3 kali saya demam. Adakah ianya bad omen? Harap-harap tidaklah ya. Tetapi malam tadi adalah malam yang saya tunggu-tunggu kerana malam tadi adalah finale Amazing Race. Dan lebih hebat sekali kerana team yang saya paling minati iaitu keluarga Linz telah memenangi satu juta dollar dengan bergaya sekali mengalahkan keluarga Weaver yang menjengkelkan. Pizli pula telah menelefon saya berkali-kali malam tadi semata mata mahu mengetahui siapakah yang memenangi Amazing Race. Sungguh hebat, sebab itu anda semua patut melanggan Astro, tak payah langgan semua channel, channel AXN pun jadilah. Haha. Dan saya rasa macam dah hampir terjatuh cinta pada Nick Linz (orang disebelah kiri sekali di dalam gambar di bawah) hingga menyebabkan saya menghabiskan masa saya hari ini membuka website CBS hanya untuk menonton video streaming Amazing Race. Saya sungguh tidak sabar menunggu bulan Februari tahun depan untuk Amazing Race season ke 9. Untuk sementara ini saya rasa saya layan sahaja Amazing Race season 6 di ntv7. Jumpa lagi!

Thursday, December 08, 2005

Splitsville becometh

Boohoo. Yusry and Erra Fazira admitted to living separately for months now in today's news. I thought the hooha over their wedding was a tad overboard, and the rumours about them splitting is quite believable so this came as no surprise. But still it seems a little bit tacky to deny deny deny and then admitted publicly that everything that they denied is true after all. Ugh. And Britney Spears has thrown her husband out of her house which is something that I can see has been long time coming. And the saddest news of all, Brad Pitt has decided to adopt Angelina Jolie's children, which means her children will have 'something-something-Jolie-Pitt' in their names. I have no idea why until now I feel betrayed by Brad Pitt for leaving Jennifer Aniston (ceh, mcm aku pulak Jennifer Aniston) but I just thought that their marriage will last longer, well at least longer than Nick Lachey and Jessica Simpson. Marriage is so easy for these people. And to think that some people like me have to catu perbelanjaan just to have enough money to get married and some people spend 30k for their hantaran and then having their wedding at PWTC but now heading to splitsville.. What were they thinking anyway?

Wednesday, December 07, 2005

Damansara Uptown yang merbahaya

Semalam macam excited nak jumpa encik burger sebab dah tak jumpa seminggu, yelah sejak kereta dah hantar woksyop mmg tak penah jumpa. Pukul 5.26 macam tu aku pun dengan bersemangat turunla cepat cepat walaupun masa kerja aku tak cukup lagi 9 jam. Masa tu aku memang bertekad untuk naik bas pukul 5.30 yang aku selalu termiss tu. Tapi seperti biasa, agaknya aku ni memang takde rezeki nak balik 5.30, tunggu tunggu tak sampai jugak bas tu. Lama lama dah 20 minit tunggu tak sampai sampai aku dah start menyumpah nyumpah la dalam hati (contoh perkataan seperti tahi, b*bi tonyok, bangang, bodoh dan macam macam lagi). Ada jugak perasaan macam nak ambik batu-batu atas jalan tu lepas tu baling kat setiap kereta yang lalu (begitu lemah sekali tahap kesabaran aku. mcm mana agaknya orang yg memang naik bas tiap tiap hari. memang hebatlah orang yang macam ni. saya sangat mengagumi kamu semua).

Tiba-tiba ada seorang perempuan ni menjerit, aku pun pandangla belakang, ternampak ada 2 orang mamat atas satu motor ni mcm tgh nak buat pusingan kat atas jalan tu, dan perempuan tu pulak menjerit-jerit. Rupa-rupanya mamat 2 orang yg sangat syaitan perangainya telah meragut perempuan ni tapi aku tak sure sangat apa yang di ragut sebab aku tengok handbag perempuan tu ada lagi. Berani sungguh syaitan 2 ekor ni meragut orang di hari yang terang benderang dan ramai orang di kawasan uptown yang sentiasa tak cukup parking ni. Dan paling ironi sekali sebab lepas pulak tu mamat 2 ekor ni. Aku memang agak terkejut jugak, dan terus tak jadi menyumpah nyumpah bas.
Kesimpulannya Damansara Uptown ni memang kawasan berbahaya. Walaupun Balai Polis Damansara Utama memang dekat sahaja tetapi kes ragut boleh jugak tahan banyaknya di sini. Oh dan hari tu, depan ofis aku ada orang dicopet keretanya di siang hari. Jadi berhati-hatilah jika datang ke kawasan Uptown ini ya.

Monday, December 05, 2005

perut yang terlalu kenyang menyebabkan imaginasi tidak boleh dikawal.


Sambil tengok cerita 3 Abdul malam tadi, tiba tiba aku tertidur pulak. Lepas tu pukul 3 pagi tiba tiba terbangun, dan terus telefon encik burger.Lepas tu ingatkan nak tido balik dan aku pun pusingkan badan ke sebelah kiri dan tutup muka dengan selimut. Pusing kiri, pusing kanan tak boleh tidur pulak. Tak tau kenapa tiba tiba aku macam rasa bulu roma meremang dan secara automatik aku terus teringatkan Maya Karin dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam. Aku tertengok ada trailer PHSM2 tu kat tv, ada satu scene ni, ada perempuan baring atas katil, tengah tidur, sambil sambil pontianak harum membuat muka bengis, tengok perempuan ni tengah tidur, terapung apung atas perempuan ni. Walaupun iklan tu kat tv je, dan walaupun kadang kadang aku rasa lawak jugak muka Maya Karin tu dimekapkan sebab ada ala ala penyanyi tahun 80an, tapi bila aku teringat scene tu pukul 3 pagi time tak boleh tidur aku jadi takut pulak. Aku pun tutup balik muka aku dengan selimut dan tutup kepala dengan bantal dan baca ayat kursi banyak banyak dan berharap dapat tidur cepat cepat. 4,5 kali agaknya aku ulang proses yang sama tapi tak ngantuk ngantuk jugak. Tekanan aku kalau ketakutan dengan benda benda ghaib ni. Lepas tu aku asyik bayangkan rambut panjang ala-ala Maya Karin dalam cerita pontianak tu menyapu nyapu muka aku. Ish. Akhirnya pukul 4 baru tertidur dan termimpikan ada secret affair dengan Hani Mohsein pulak dan dalam mimpi tu dunia macam dah nak kiamat. Mungkin inilah akibat terlalu banyak makan di rumah saudara, sebab petang tu aku pegi rumah saudara aku dan aku memang makan banyak sangat sbb dia asyik keluarkan makanan je. Nampaknya kena beli teh orang kampunglah mcm ni.